Friday 29 April 2011

Untuk tatapan peminat Lady Gaga

Kita sudah sedia maklum Lady gaga sememangnya mempunyai ramai peminat serata dunia tidak terkecuali bagi yang beragama Islam. Samada sedar ataupun tidak, tahu ataupun tidak, kita sudah jelas dapat melihat Lady Gaga sebagai seorang boneka freemason yang amat merbahaya untuk umat Islam. Sayangnya, ramai antara masyarakat kita yang tidak memikirkan keburukan yang nyata tetapi lebih berminat dengan penampilan yang pelik sehingga menjadi ikutan sesetengah artis dan peminatnya. Sayangnya, ia menjadi ikutan oleh artis yang beragama Islam. Mungkin hanya ingin mengikut fesyen yang boleh menarik lebih ramai peminat seperti Lady Gaga tanpa ada niat lain tapi penampilan, lagu-lagu dan persembahan Lady Gaga mempunyai maksud tersembunyi yang seharusnya diketahui semua.

Video Alejandro telah mencetuskan kontroversi apabila mempunyai banyak simbolik tentang Illuminate secara terang-terengan. Pada mulanya saya ingin link kan video tersebut ke sini tetapi saya rasa tatapan itu tidak sopan untuk di link ke sini. Saya mendapat artikel berkaitan Lady Gaga ini di laman web http://beautifulnara.com tentang klip video tersebut.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Lady Gaga mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Lihat gambar di bawah ..Hati yang dipegang Lady Gaga bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)


But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki? Jawapannya, Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ini mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?




Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya




Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Waktu scene ni Gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit .Kita boleh nampak dengan jelas  yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”


Maksud lirik ni pulak .A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



Ini kerana Terdapat sangat banyak simbol salib terbalik .Ini menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .




“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall




Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don’t call my name ,Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .



Selepas itu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer .






I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Semua simbol yang dibuat oleh Gaga membawa makna yang tersendiri .





Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam videonya dan terdapat salib di belakangnya. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”





Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..asti .Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .








Sunday 24 April 2011

Amerika Syarikat diserang 243 puting beliung

Puting beliung ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliau sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliau mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer. Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung. Baru-baru ini Amerika Syarikat telah dibadai puting beliung yang mengakibatkan kehilangan puluhan nyawa dan harta benda.
 
JACKSON (Mississippi): Sebanyak 243 puting beliung yang melanda sedozen negeri Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu, menyebabkan 45 orang maut selain kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah. 

 
Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.Ketika penduduk memulakan kerja pembersihan dan mencari sisa dari rumah mereka yang boleh digunakan semula, kisah puting beliung mencabut dan menerbangkan pokok seperti kayu besbol, memecah dan menyebabkan rumah tunggang terbalik, kedengaran hampir di mana saja. 


Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Jonathan Robinson berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau segera mendukung anak lelaki sepupunya Ayden yang berusia tiga bulan bersembunyi di dalam sebuah peti di bilik tidurnya.

“Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas dari pegangan saya dan diterbangkan ke udara,” katanya.

Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden.
“Saya rasa akan kehilangannya,” kata Robinson selepas bayi itu ditemui.

Penduduk daerah Askewville, Carolina Utara, Justin Dunlow, 23, hanya mampu berdoa, apabila beliau bersama dua anaknya yang masih kecil dihempap dinding rumah bergerak mereka yang runtuh.

“Saya boleh bina semula rumah saya, tetapi saya tidak dapat ganti dua anak jika kehilangan mereka. Saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.

Audrey McKoy yang tinggal dekat Bladen County sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka.

“Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz,” katanya.

Mereka yang bersembunyi di bilik air sempat mendengar bunyi pokok tumbang dan rumah lain ditiup angin. Sebaik keluar untuk melihat kemusnahan, rumah mereka juga sudah terbalik.

Puting beliung membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut.

Akhbar Wall Street Journal melaporkan, puting beliung kuat yang melanda Carolina Utara petang kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut.

Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain. Gabenor Bev Perdue mengisytiharkan perintah darurat berikutan kejadian itu. – AP/Agensi

Bagaimana puting beliung boleh berlaku? Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat.Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Sumber:  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/243putingbeliung_serang_Amerika/Article/

Sunday 17 April 2011

Penanggal @ Balan-balan

Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.


Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Penanggalan adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.





Wednesday 6 April 2011

Sungai dalam batu

Geologi ialah sains tentang proses pembentukan batu-batu dan tanah. Dalam hubungan ini terdapat ayat-ayat al-quran yang menyatakan fenomena yang berkaitan dengan batu, hakisan batu, pembentukan mineral dan sebagainya sebagai stu peringatan kepada manusia agar manusia beriman kepada-Nya. Tujuan mesej yang disampaikan dalam Al-Quran adalah agar manusia beriman kepada Allah dan apabila manusia beriman, manusia akan mematuhi syariat-Nya iaitu peraturan yang diberikan kepada manusia. Apabila manusia mematuhi syariat-Nya, maka manusia akan dapat menjalani hidup di dunia ini sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi.

Ayat Al-Quran berkaitan dengan Geologi

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menyebut tentang batu, Allah S.W.T berfirman:
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan”.-Surah al-Baqarah:74

Ayat ini menyebut tentang hati manusia yang keras seperti batu atau lebih keras daripada batu kerana ada antara batu yang terpancar sungai dai dalamnya. Ayat ini merupakan ayat yang berkaitan dengan orang-orang Yahudi yang keras hatinya apabila tidak menerima dakwah nabi Musa A.S. Hati mereka labih keras daripada batu kerana sesetengah batu, ada yang boleh ditembusi oleh air sehingga menjadi sungai dan ada antara batu-batu yang boleh pecah berderai dengan titisan air. Pernyataan ayat ini merupakan pernyataan geologi.
Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat ini menunjukkan bahawa terdapat batu-batu yang sungai mengalir di dalamnya dan ada yang pecah berderai dan ada yang jatuh dari atas bukit ke bawah.

Dalam ayat Al-Quran dinyatakan kewujudan batu yangb boleh mengalir di dalamnya sungai-sungai dan ayat ini juga menyetakan proses luluhawa yang disebabkan oleh air. Maksud minal hijarah ialah antara betu-betu itu, maksudnya ada pelbagai jenis batu di bumi ini. Dalam konteks geologi, batu diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antara jenis batu ialah batu igneus, batu enapan dan batu metamorf. Batu igneus terbentuk daripada magma atau lahar panas bumi dan ia dibahagikan kepada dua jenis, iaitu batu plutonik dan batu gunung berapi.  Batu pluton terbentuk apabaila magma atau lahar bumi nebjadi sejuk dan menghablur secara perlahan-lahan di dalam bumi. Contoh batu jenis ini ialah batu granit. Batu gunung berapi pula ialah batu yang terbentuk apabila magma atau lahar bumi bergerak ke arah permukaan bumi. Jenis batu kedua ialah batu enapan. Batu enapan atau batu sedimen terbentuk hasil daripada mendapan sama da pecahan batu-batu yang telah sedia wujud sebelum ini atau mendapan bahan-bahan organik atau mendapan bahan kimia, diikuti dengan proses mampatan bahan-bahan zarah atau bahan-bahan terampai. Batu-batu jenis ini terdapat di permukaan bumi. Antara batu jenis ini ialah batu lumpur yang merangkumi 65 peratus daripada jenis batu ini, batu pasir yang merangkumi antara 20-25 peratus dan batu karbonat yang merangkumi antara 10-15 peratus.

 Batu granit


Fenomena kewujudan sungai dalam batu, seperti dinyatakan dalam surah al-baqarah ayat 74 merupakan fenomena yang tidak berlaku di negara padang pasir seperti Arab Saudi. Sungai wujud di Negara yang banyak menerima hujan dan Arab Saudi adalah Negara yang sangat kurang menerima hujan. Dengan kadar hujan sebanyak 100 mm/tahun, sungai tidak akan terbentuk, namun Al-Quran menyebut tentang wujudnya sungai dalam batu.

Sungai dalam batu merupakan satu fenomena yang wujud di kawasan yang banyak mengandungi batu mampatan atau sedimen seperti batu kapur atau batu kalsium karbonat. Batu jenis ini adalah batu yang boleh dilarutkan oleh air, terutama air yang berasid. Air yang datangnya dari permukaan seperti air hujan mengalir melalui kawasan tanah yang berbatu kapur, melarutkan batu tersebut untuk membentuk gua-gua batu kapur. Air tersebut seterusnya mengalir ke permukaan yang lebih dalam dan membentuk sungai dalam batu, sebagai contoh sungai dalam batu di Mostar, Bosnia.

 Batu kapur


Pengajaran daripada Ayat AL-Quran

Kenyataan Al-Quran tentang sungai dalam batu merupakan satu kenyataan bersifat saintifik. Sungai seperti ini tidak wujud di Semenanjung Arab, dan oleh sebab itu akal manusia tidak mengetahui fenomena ini ribuan tahun yang lalu. Kenyataan ini merupakan kenyataan yang datangnya dari Pencipta Ala mini iaitu Allah S.W.T

Sumber: Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.