Monday, 7 March 2011

Teori evolusi yang karut

Saya tertarik hati dengan sebuah buku bertajuk keajaiban ciptaan Allah hasil penulisan Harun Yahya. Banyak perkara yang diketengahkan di dalam buku ini tentang keajaiban alam dan salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah berkenaan teori evolusi. Evolusi?.. Apa itu evolusi? menurut buku ini, teori evolusi merupakan mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain dan mereka yang mempercayai teori ini digelar penyokong evolusi. Tidak lain tidak bukan individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin. Darwin telah hidup 150 tahun dahulu dan dia tidak mempercayai Allah yang telah menjadikan semua hidupan. Menurut beliau, segalanya berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan. Logikkah???.. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan dengan cara inilah semua hidupan terbentuk. 

Charles Darwin

Para penyokong evolusi mempercayai bahawa atom-atom (bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati) telah bercantum secara kebetulan. menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah dan kesimpulannya, seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Jadi mustahil sesuatu yang begitu kompleks terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.

Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga dan lain-lain. Apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya?. Sudah tentu tidak tetapi para penyokong evolusi percaya sel-sel ini terbentuk secara kebetulan. Dakwaan para penyokong evolusi juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk dan beruk adalah moyang manusia. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah yang telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa tanggungjawab terhadap Allah. Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. berbanding dengan hidupan lain, manusia merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira, membuat pilihan dan Allahlah yang telah memberikan sifat-sifat ini kepada manusia.


Muslihat evolusi

Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk pernah wujud. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia separuh beruk. terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, cina, orang Indian Amerika, Turki, dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, "ini adalah tengkorak moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu." kadang kala fosil tengkorak yang ditemui lebih kecil berbanding dengan saiz tengkorak manusia pada hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata "pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia." Sebenarnya, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil berbanding tengkorak yang maju. contohnya ujuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain. 

Bukti manusia tidak berasal daripada beruk
 
Para pakar sains telah menemui osil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini, Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud. 
contohnya di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 tahun dahulu. jelaslah bahwa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. tidak pernah wujud makhluk separuh manusia separuh beruk.
salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenalpasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun. dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8m jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk. 

Turkana Boy

Pembohongan para penyokong evolusi terbesar

penipuan Piltdown Man
pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk. 

Piltdown Man Palsu
 
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja. kebenarannya telah diketahui kemudiannya: seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang. Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh manusia separuh beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu. paristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.

Penipuan Nebraska Man
pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beru tetapi ia kepunyaan seekor babi. kejadian ini merupakan malapetaka kepada penyokong evolusi.

Teori evolusi mendakwa berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. 

Manusia mempunyai kesedaran, mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional. Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan ini dan. Manusia adalah manusia dari mula lagi dan Allah adalah pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

Sumber: Keajaiban ciptaan Allah, karangan Harun Yahya.





Sunday, 6 March 2011

Mengenali aura

Setiap manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup mempunyai "Aura". Apa itu aura?. aura merupakan gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran. Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang. bentuk aura seperti sebuah telur raksasa dan merupakan sebuah medan tenaga yang hidup. namun begitu, setiap sel adalah berbeza dari segi frekuensi dan tenaga untuk membentuk organ-organ dan fungsi-fungsi yang berlainan. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya.namun begitu, kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh. Gerakan cahaya aura tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakstabilan cahaya dalaman diri dan boleh mengubah keadaan aura.



Gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang dapat menghasilkan imej aura yang bermutu tinggi. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya. 

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.
  
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya. 

Warna-warna aura dan ciri-cirinya

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.
 
Tahukah anda, aura sebenarnya mampu dilihat dengan mata kasar kerana saya sendiri pernah mencubanya dan ternyata aura memang boleh dilihat dan dirasa melalui kaedah-kaedah tertentu. 

Merasa aura yang keluar melalui tapak tangan
Saya pernah mempelajari kaedah ini ketika menghadiri sebuah seminar mengenai aura. Caranya sangat mudah. cuba anda menggosok kedua telapak tangan selaju yang mungkin kemudian lepaskan perlahan-lahan. Anda dapat merasakan telapak tangan anda semakin menjauh di antara satu sama lain dan anda juga dapat merasakan satu gelombang seperti belon berada di telapak tangan. Gelombang yang terhasil itulah yang dinamakan aura. 

Melihat aura diri sendiri dan orang lain
Kita boleh melihat warna aura orang lain dan diri sendiri tanpa perlu menggunakan teknik-teknik moden seperti kamera aura kerana kita sebenarnya mampu melihatnya dengan mata kasar. Sebelum melihat aura orang lain, kita boleh mencubanya dengan melihat aura sendiri terlebih dahulu. caranya, anda perlu berdiri di hadapan latar belakang berwarna putih dan perhatikan diri anda melalui cermin. Fokuskan mata anda berhampiran kepala dan bahu (jangan memandang terus kepada kepala dan bahu) dan tidak berapa lama selepas itu anda akan melihat satu gelombang seperti wap udara panas di sekeliling bahu dan kepala anda. Gelombang tersebut pada mulanya hanya berwarna putih. Cuba teliti dengan lebih lama dan lama-kelamaan warna putih tersebut akan bertukar warna. Warna yang muncul itulah warna aura anda. Namun perlu diingat, warna tersebut boleh berubah mengikut keadaan. Memang menyeronokkan apabila anda mempelajarinya dan anda boleh mencuri melihat warna aura rakan-rakan anda tanpa mereka sedari. Ada yang berwarna biru, ungu, kuning dan ada juga berwarna merah. Paling menyeronokkan apabila rakan-rakan anda juga melihat warna yang sama seperti yang anda lihat. Cubalah.., apabila anda biasa melakukannya anda mampu melihat aura dengan lebih mudah walaupun tanpa bantuan latar belakang putih. Mungkin ada lagi cara yang lebih berkesan dan sistematik tetapi saya hanya ingin berkongsi apa yang telah dipelajari. Mudah dan memang betul-betul menjadi.. Selamat mencuba...


Sumber:

Saturday, 5 March 2011

Perjalanan roh manusia

Kali ini kita bukan sahaja ingin meneroka dunia tetapi juga ingin meneroka apa yang ada di dalam diri setiap manusia iaitu roh. Mari kita mengenali dan memahami apa itu roh dan pengembaraannya yang hebat. Manusia merupakan khalifah di muka bumi dan merupakan makhluk terakhir yang diciptakan oleh Allah SW.T selepas terciptanya makhluk lain seperti jin, malaikat, bumi dan seisi alam untuk menjadi makhluk paling sempurna. Manusia akan melalui 5 frasa alam iaitu alam arwah, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Anda semua yang sedang membaca sekarang ini sedang berada di alam paling tengah iaitu alam dunia. Kita akan menuju ke alam barzakh pada bila-bila masa sahaja apabila sampai saatnya nanti. Sudah bersediakah kita?

Alam arwah
Alam arwah merupakan alam di mana manusia telah bersaksi dan berjanji kepada Allah, iaitu roh-roh manusia yang berada di alam arwah. Seperti disebutkan di dalam Al-Quran:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan). (Al Aâraf: 172).

Oleh itu, semua manusia yang lahir ke dunia ini telah lahir dengan beriman kepada Allah dan agama yang lurus.  

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Ruum: 30)

Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak dilahirkan secara fitrah. Maka kedua orang tuannya yang menjadikan Yahudi atau Nashrani atau Majusi. (HR Bukhari)

Alam Rahim
Manusia pertama kalinya akan melalui satu alam iaitu alam rahim: 40 hari berupa nutfah, 40 hari berupa alaqah (gumpalan darah), dan 40 hari berupa mudghah (gumpalan daging), kemudian ditiupkan ruh dan jadilah janin yang sempurna. Setelah lebih kurang sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah manusia ke dunia.

Allah swt. berfirman: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-angur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (Al-Hajj: 5)


 Alam dunia
Alam dunia merupakan satu perjalanan yang panjang dan tidak sama bagi setiap manusia. Kita dilahirkan di dunia dengan tidak mengetahui apa-apa mulai dari bayi, kanak-kanak, remaja, meningkat dewasa, tua dan akan diakhiri dengan kematian. namun, kematian akan datang pada bila-bila masa sahaja tidak mengira usia. Ada yang meningggal dunia sebaik sahaja dilahirkan, ada yang meninggal dunia ketika sudah tua dan ada juga meninggal ketika masih kanak-kanak. Malah kematian tidak mengira sebab dan waktu kerana seseorang yang sihat juga boleh meninggal dunia kerana kemalangan dan seseorang yang sakit juga boleh hidup lama kerana kehendak-Nya. 

Di dunia ini manusia dan jin telah diberi taklif (tugas) dari Allah iaitu ibadah. Namun begitu manusia dibatasi dengan empat dimensi iaitu:
a) dimensi tempat (bumi sebagai tempat beribadah)
b) dimensi waktu (umur sebagai sebuah kesempatan untuk beribadah)
c) Dimensi potensi diri (moral dalam ibadah)
d) Dimensi pedoman hidup (iaitu ajaran Islam yang menjadi landasan amal)

Allah S.W.T telah mengutus rasul-Nya dan menurunkan wahyu Al-Quran dan Hadis untuk memastikan manusia tidak tersesat dalam pedoman hidup mereka.  Oleh itu, manusia harus berpegang dengan  pegangan yang benar supaya tidak tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya. Sayang sekali, manusia kini tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan melakukan maksiat di muka bumi dengan menurut hawa nafsu. Ramai yang telah tersasar jauh tanpa mengikut garis panduan di jalan agama. Rasulullah saw. memberikan contoh bagaimana hidup di dunia. Ibnu Masaud menceritakan bahawa Rasulullah saw. tidur diatas tikar, ketika bangun ada bekasnya. Maka kami bertanya: Wahai Rasulullah saw., bagaimana kalau kami sediakan untukmu kasur. Rasululah saw. bersabda: Untuk apa (kesenangan) dunia itu? Hidup saya di dunia seperti seorang pengendara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya.(HR At-Tirmidzi). 
Kita semua akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa. Semua yang kita miliki pada hari ini hanyalah kesenangan yang menipu.

Alam Barzakh
Fasa berikutnya manusia akan melalui alam barzakh atau alam kubur. Di sana mereka tinggal sendiri. Yang akan menemaninya adalah amal mereka sendiri. Kubur adalah taman dari taman-taman syurga atau dari lembah-lembah neraka. Manusia akan mengetahui nasib mereka di alam barzakh samada terdiri dari ahli syurga atau ahli neraka. Jika seseorang menjadi penghuni surga, maka dibukakan baginya pintu surga setiap pagi dan petang dan merasakan kenikmatan syurga. Sebaliknya jika menjadi penghuni neraka, pintu neraka pun akan dibukakan untuknya setiap pagi dan petang dan dia akan merasakan hawa panasnya neraka.

Al-Barra bin Azib menceritakan hadits yang panjang yang diriwayat Imam Ahmad tentang perjalanan seseorang setelah kematian. Seorang mukmin yang akan meninggal dunia disambut ceria oleh malaikat dengan membawa kafan syurga. Kemudian datang malaikat maut duduk di atas kepalanya dan memerintahkan roh yang baik untuk keluar dari jasadnya. Seterusnya disambut oleh malaikat dan ditempatkan di kain kafan surga dan diangkat ke langit. Penduduk langit dari kalangan malaikat menyambutnya, sampai di langit terakhir bertemu Allah dan Allah memerintahkan pada malaikat: Catatlah kitab hambaku ke dalam ailliyiin dan kembalikan kedunia. Maka dikembalikan lagi roh itu ke jasadnya dan datanglah dua malaikat yang bertanya: Siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Siapa lelaki yang diutus kepadamu? Siapa yang mengajarimu? Hamba yang beriman itu dapat menjawab dengan baik. Maka kemudian diberi alas dari surga, mendapat kenikmatan di kubur dengan selalu dibukakan baginya pintu surga, dilapangkan kuburnya, dan mendapat teman yang baik dengan wajah yang baik, pakaian yang baik, dan aroma yang baik. Lelaki itu adalah amal perbuatannya.


Alam Akhirat
Dunia ini akan diakhiri dengan kemunculan hari kiamat di mana seisi alam akan musnah, Setelah hari kiamat, seluruh manusia bermula dari nabi Adam A.S sehingga manusia terakhir akan dukumpulkan di padang mahsyar. Di mahsyar manusia akan dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum dikhitan. Waktu itu jarak matahari sangat dekat dengan manusia iaitu hanya sejengkal sehingga peluh membasahi tubuh manusia sesuai dengan amalnya. Ada yang bermandi peluh sehingga ke pergelangan kaki, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pusat dan ada yang sampai ke dada. Ada juga yang tenggelam dalam peluhnya sendiri.  Dalam situasi ini manusia mula mendatangi para nabi untuk meminta pertolongan tetapi tidak ada yang dpat menolong. Hanya Rasulullah S.A.W yang dapat menolong mereka dari kesukaran di padang mahsyar.Rasulullah S.A.W sujud di hadapan Allah dan memuji-Nya. Kemudian Allah S.W.T berfirman.Tegakkan kepalamu, mintalah niscaya dikabulkan. Mintalah syafaat, pasti diberikan. Kemudian Rasululullah saw. mengangkat kepalanya dan berkata: Ya Rabb, umatku. Maka dikabulkanlah pertolongan tersebut untuk ke proses yang seterusnya.

Peristiwa berikutnya adalah hisab (perhitungan amal) dan mizan (timbangan amal) bagi manusia. Ada yang melalui proses hisab dengan begitu sukar dan ada juga yang melalui  hisab yang mudah. Bahkan sebagian kecil dari orang beriman bebas hisab. Di antara pertanyaan yang akan diberikan pada manusia di hari Hisab berkait dengan masalah prinsip dalam hidupnya. Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan melangkah kaki anak Adam di hari kiamat sehingga ditanya 5 hal di sisi Allah: tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana mencarinya, dan ke mana menginfakkannya, dan apa yang diamalkan dari ilmunya. (HR At-Tirmidzi). Di masa ini juga dilakukan proses qishash, orang yang dizalimi menqishash orang yang menzalimi.

Seterusnya manusia harus melalui titian siratulmustaqim iaiut sebuah jambatan yang sangat dan ngeri kerana di bawahnya terdapat neraka jahanam. Semua manusia harus melalui jambatan ini dari awal sampai akhir.
Titian ini lebih tipis dari rambut (sehelai rambut dibelah tujuh), lebih tajam dari pedang, dan terdapat banyak kalajengking. Kemampuan manusia melalui jambatan itu sesuai dengan amalnya di dunia. Ada yang melaluinya dengan cepat seperti kecepatan kilat, ada yang melaluinya seperti kecepatan angin, ada yang lmelaluinya seperti kecepatan burung, tetapi banyak juga yang berjalan merangkak, bahkan ada manusia jatuh ke neraka jahanam.

Bagi orang-orang yang beriman, mereka akan minum telaga Rasulullah saw. yang disebut Al-Kautsar. Rasulullah saw. bersabda: Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih dari susu, aromanya lebih wangi dari misik, dan gayungnya sebanyak bintang di langit. Siapa yang meminumnya, maka tidak akan haus selamanya. (Muttafaqun alaihi)

Syurga dan neraka
Fasa terakhir yang akan dilalui manusia adalah syurga dan neraka. Syurga adalah tempat untuk orang-orang yang bertakwa dan neraka adalah tempat orang-orang kafir. 

Neraka 
Azabnya neraka
Neraka merupakan tempat yang penuh dengan siksaan. 
Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak, minumannya adalah air yang mendidih, naungannya adalah awan hitam yang panas, anginnya adalah samum yang membawa hawa panas, makanannya adalah zaqqum yang jika setitis jatuh ke bumi, nescaya hancurlah dunia dan seisinya, bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati, pakaiannya adalah baju ter yang membakar, kedalamannya sejauh batu yang diluncurkan selama 70 tahun. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya. Mereka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung nescaya gunung tesebut akan menjadi abu, wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat. 

Syurga

Kenikmatan Syurga

Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1. Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya) Riwayat Muslim

2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga
(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk  timur atau  barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim

3. Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: (Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…) Riwayat Muslim

4. Sungai Syurga
(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga
(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: (Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya) Riwayat Tirmizi.

6. Makanan dan Minuman Syurga
(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


Sumber:

Friday, 4 March 2011

Di sebalik peristiwa tsunami 2004

Apa itu Tsunami



Pada 26 Disember 2004, dunia telah dikejutkan dengan satu peristiwa besar iaitu Tsunami yang telah meragut nyawa ramai manusia sekaligus membawa kemusnahan yang amat luar biasa.Tsunami merupakan ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami mempunyai pergerakan yang sangat pantas, mempunyai ketinggian yang luar biasa dan boleh dikatakan juga sebagai ombak raksasa. Tsunami jarang dirasakan di lautan dalam kerana telah ditutupi oleh keluasan lautan tersebut. Pergerakan tsunami yang sangat cepat iaitu 500 ke 1000 kilometer boleh membawa kemusnahan yang sangat dahsyat sehingga mampu memusnahkan kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya dari laut. Di antara penyebab berlakunya tsunami termasuklah akibat perpindahan sejumlah besar air akibat letusan gunung berapi, gempa bumi, longsor ataupun meteor yang jatuh ke bumi. namun begitu, 90% tsunami berlaku adalah akibat gempa bumi bawah laut. Gerakan vertikal pada kerak bumi mengakibatkan dasar laut naik atau turun secara tiba-tiba sehingga menyebabkan gangguan keseimbangan air. hal ini menyebabkan berlakunya aliran tenaga sehingga menyebabkan berlakunya gelombang besar ketika sampai di pantai atau dikenali juga sebagai tsunami. Gambar rajah menunjukkan bagaimana ia berlaku.



Di sebalik kejadian Tsunami

Sebelum kejadian Tsunami
Kejadian ini meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Langka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan. kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella. Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut.  Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku. Ketika tsunami melanda Sri Langka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Aceh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.

Sewaktu Kejadian Tsunami


Imej di atas dirakam menggunakan satelit. Pusaran air ketika tsunami berlaku telah menunjukkan seolah-olah membentuk kalimah Allah.

Selepas kejadian Tsunami
Dikawasan pantai bekas badaian air laut beberapa ekor ikan dan hidupan laut yang pelik dan yang tak penah kita lihat terdampar disitu. Menurut ahli sains Marin ianya mungkin jenis yang hidup dilautan dalam. Rupanya sangat aneh seperti ikan yang hidup di zaman dinasour.



Gambar di atas merupakan hidupan laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin ikan tersebut hidup di lautan dalam. Maha suci Allah yang menciptakan hidupan di dunia ini. Namun, apa yang lebih menyentuh hati tatkala melihat masjid -masjid yang masih tersergam indah walaupun dibadai tsunami yang amat dahsyat.









sebenarnya masih banyak masjid yang terselamat dalam kejadian ini. Bukalah hati dan minda sejenak dan renungkan betapa agung kebesaran-Nya. Rumah Allah ini masih utuh berdiri walaupun bangunan dan rumah di sekelilingnya hancur berkecai. Maha Suci Allah yang maha mengetahui...

Lihatlah bencana yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia ini.






Bersama-samalah kita mengambil iktibar di atas kejadian tsunami yang telah berlaku. Segala yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.. Al-fatihah...


Sumber:

Wednesday, 2 March 2011

Sungai dalam laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber : http://ivandrio.wordpress.com/2010/03/07/subhanallah-ada-sungai-dalam-laut/ 




Tuesday, 1 March 2011

Bulan pernah terbelah dua

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. 

Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.

Maksudnya"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku." ayat 1-2 Surah al-Qamar



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ اشْهَدُوا
Dari Abdullah bin Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah SAW bersabda, perhatikanlah. Hadis riwayat Bukhari.



عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah SAW. Hadis riwayat Ahmad.



عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ
Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi.

Terdapat byk kitab yang menceritakan kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Di antaranya ialah ;


1 المستدرك على الصحيحين للحاكم

2 السنن الكبرى للنسـائي

3 فتح البارى لابن حجر

4 صحيح ابن حبان

5 المعجم الكبيرللطبراني

6 تحفة الأحواذي

6 البداية والنهاية

7 الديباج على مسلم

8 دلائل النبوة للبيهقي

9 عيون الأثر

10 تاريخ الإسلام للذهبي

11 سبل الهدى والرشاد

12 السيرة النبوية لابن كثير
Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah dimakbulkan, maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda , saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan risalah kenabian Rasulullah SAW.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar


Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah. Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!!

Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah, adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua... bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah).