Thursday 31 March 2011

Lalat dalam forensik

Setiap ciptaan tuhan ada kegunaannya. Ramai yang tidak tahu tentang kebaikan lalat kepada manusia dan alam persekitaran. sebagai contoh, lalat daging merupakan agen pendebungaan untuk bunga raksasa (bunga refleksi) di hutan hujan tropika. lalat juga memainkan peranan dalam ekosistem. melalui keupayaannya mengitar semula nutrien daripada benda hidup kepada benda bukan hidup yang kembali ke tanah melalui proses pereputan. Nutrien yang dikembalikan ke tanah akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk melaksanakan proses tumbesaran dan fotosintesis. Tumbuhan berfungsi sebagai pembekal makanan kepda pengguna primer (contohnya seperti lembu) dan nutrien tersebut akan dipindahkan kepada pengguna sekunder dan tertier melalui hubungan pemangsaaan. Walau bagaimanapun, kesemua tenaga dan nutrien akan dikembalikan ke tanah selepas pengguna primer mati. Dalam bidang perubatan,lalat amat berguna dalam "terapi maggot" dan sains forensik. Penggunaan lalat dan serangga lain (seperti kumbang, tungau dan semut) dalam penyiasatan jenayah dikenali sebagai entomologi forensik. bagaimanakah lalat digunakan dalam penyiasatan jenayah? rekod terawalnya ditemui pada kurun ke-13 di China. menurut catatan dalam buku yang bertajuk The washing away of wrongs, seorang penyisat yang bernama Sung Chi telah dipanggil untuk menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku si sebuah kampung. Mayat seorang pesawah padi telah dijumpai di sawah san Sung Chi mendapati luka pada badan si mati disebabkan oleh sebilah pisau sabit. Sung Chi mengumpulkan semua petani yang mempunyai sabit dan memberitahu bahwa identiti pembunuh akan diketahui  dalam masa yang singkat. Selepas semua petani berkumpul dan mereka diminta berdiri diam serta menghulurkan sabit masing-masing. Tidak lama kemudian, Sung Chi telah mengenal pasti pembunuh yang sebenar dan akhirnya, pembunuh itu mengaku bahawa dialah yang membunuh mangsa tersebut. bagaimanakah Sung Chi mendapat tahu identiti pembunuh sebenar? Jawapannya, lalat.

                                                           Chrysomya megacephala

Hal ini demikian kerana pisau sabit yang terbabit dalam pembunuhan sepatutnya mempunyai kesan darah yang tertinggal pada hujung mata pisau. Lalat akan menghinggapi pada sabit yang berbau darah walaupun pembunuh itu telah mencuci sabit tersebut. Sung Chi menggunakan pengetahuan biologi dan sifat lalat yang gemar akan bau darah dan berjaya mengenal pasti pemilik sabit adalah pembunuh kerana sabitnya dihinggapi oleh lalat, sedangkan sabit lain tidak menarik kehadiran lalat. Sebelum kurun ke-17, menusia masih percaya bahwa ulat yang berada di atas daging yang mereput muncul semula jadi. teori ini dibuktikan salah apabila seorang doktor Itali, Francesco Redi yang melaksanakan eksperimen untuk membuktikan bahawa ulat itu sebenarnya larva lalat dan larva itu menetas daripada telur lalat, bukan muncul secara spontan. pada tahun 1980-an, Dr. Bergeret d'Arbois dari Perancis mengaplikasikan ilmu urutan ekologi fauna pada mayat bayi untuk menganggarkan waktu kematian. Pada Mac 1850, seorang mumia bayi telah dijumpai dalam dinding batu di belakang sebuah perapian. Pihak polis terus menahan dan mensyaki penghuni rumah, iaitu sepasang suami isteri yang baru berpindah ke rumah itu. Dr. Bergeret diminta untuk menyiasat pembunuh bayi ini. Semasa autopsi dilakukan, baliau menjumpai banyak pupa kosong spesies lalat Sarcophaga Camaria.

Berdasarkan pengetahuan tentang kitar hayat lalat ini, beliau membuat kesimpulan bahawa lalat betina melahirkan larva ini setelah bayi itu meninggal dunia pada tahun 1848. Lalat larva tersebut menjadi dewasa pada tahun 1849. Tambahan pula dengan keadaan dalam dinding batu yang kedap udara, maka mayat bayi itu berubah menjadi mumia. Kejadian mumia ini akan menarik kehadiran larva kupu-kupu kain (Tineidae). Berpandukan sifat biologi serangga dana masa urutan serangga yang sampai kepada mayat, Dr Bergeret membuktikan bahawa pembunuh bukanlah penduduk rumah yang ditahan sekarang, tetapi penduduk rumah yang tinggal di rumah tersebut dua tahun yang lalu.Entomologi forensik sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga kategori. Kumpulan pertama dikenali sebagai Entomologi Bandar. bidang ini lebih mementingkan kes-kes entomologi forensik yang melibatkan harta benda di bandar seperti bangunan dan taman persendirian. Contohnya, kejadiran anai-anai di sesebuah bangunan dan membawa risiko keruntuhan atau mengancam keselamatan penduduk di dalam bangunan tersebut.  

Maka penduduk boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan danya bukti infestasi anai-anai dan pihak yang bertanggungjawab dikehendaki untuk membayar ganti rugi. Contoh lain, infestasi pepijat katil di dalam bilik hotel. Pepijat ini akan menghisap darah penghuni bilik pada waktu malam semasa penghuni tidur dan menyebabkan gatalgatal dan tidur tidak lena. Penghuni juga boleh membuat aduan dan menuntut pampasan daripada hotel. kategori kedua ialah Entomologi  Produk Simpanan. Bidang ini membicarakan kehadiran serangga dalam produk simpanan seperti beras, keju, tepung, bijirin, herba, rempah, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan , tin makanan dan dalam makanan. Contohnya, kehadiran lipas di dalam nasi goreng boleh dibicarakan di mahkamah oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan pihak restoran. Begitu juga dengan telur lalat atau larva lalat yang dijumpai di dalam tin makanan atau di dalam makanan. Buah-buahan yang diimport dari negara asing harus diperiksa oleh kastam untuk memastikan tiada spesies serangga yang membahayakan industri pertanian tempatan. Jika produk tepung mengandungi sejenis spesies serangga kumbang perosak. Dengan adanya pengetahuan tentang distribusi serangga tersebut, kita boleh mengenal pasti dari negara manakah produk itu diimport. Kategori ketiga ialah Entomologi Medikolegal. Bidang inilah yang menggunakan bukti kehadiran serangga pada mayat untuk membnatu dalam siasatan kes pembunuhan (homisid), bunuh diri, rogol, penderaan fizikal dan penyeludupan produk haram (contohnya ganja). Lalat dikatakan antara serangga yang pertama sampai ke mayat dan kehadirannya memberikan penunjuk kepada penyiasat tentang waktu kematian, lokasi kematian, pemindahan lokasi mayat, penentuan tempat kecederaan, mengenal pasti kes penderaan dan pengabaian serta memberikan penunjuk lain seperti musim kematian, saiz mayat dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Penganggaran waktu kematian

Banyak kajian telah membuktikan bahawa lalat adalah serangga pertama yang sampai kepada mayat untuk tujuan pengovipositan. Lalat dikatakan mempunyai organ deria yang amat sensitif dengan bau autolisis sel-sel badan dan amat peka terhadap penurunan suhu badan orang yang baru mati. Lalat betina akan meletakkan telurnya dalam longgokan (lebih kurang 300 biji telur) pada bahagian lubang hidung, orbit mata, rongga mulut, bahagian genitalia (jika bahagian tersebut terdedah tanpa pakaian). ataupun luka-luka yangbberdarah. Kitar hayat lalat bermula dengan telur, larva, kemudian pupa dan seterusnya menjadi dewasa. Jenis kitar hayat ini deikenali sebagai holometabolus atau metamorfosis lengkap. Telur lalat akan menetas dalam jangka masa antara 12-24 jam. Larva lalat yang baru menetas daripada telur dikenal sebagai instar pertama. Larva ini bersaiz kecil (kurang  2.5mm) dan aktiviti pemakanannya sangat aktif. Selepas 12 jam, larva instar pertama akan menyalin kulitnya (ekdisis) dan menjadi larva instar kedua yang bersaiz 8 mm. Larva ini meneruskan proses tumbesaran dengan pemakanan yang aktif dan selepas 18 jam, larva instar kedua akan menjadi instar ketiga yang bersaiz 15 mm.
Selepas 72 jam, larva instar ketiga akana mengalamai transformasi kepada peringkat pupa. Pupa ialah satu peringkat yang larva lalat dibaluti dengan kulit kitin yang keras dan larva tersebut adalaha pegun dan tidak menjalankan sebarang aktiviti pemakanan. Selepas 90 jam, lalat dewasa akan menetas daripada pupa. Lalat dewasa merupakan peringkat yang matang dari segi seksualnya dan berupaya untuk melahirkan generasi seterusnya.
Biasanya, jangka hayat seekot lalat dewasa islah selama satu bulan hingga dua bula. Secara amnya, kitar hayat keseluruhan untuk telur lalat menjadi lalat dewasa ialah selama 9-14 hari, bergantung peada suhu dan jenis spesiesnya. Hal ini demikian kerana suhu memainkan peranan yang penting dalam kadar perkembangan lalat. Jika suhu persekitarannya tinggi, maka kadar perkembangan lalat akan menjadi lebih cepat dan sebaliknya. Spesies lalat yang berlainan juga mempunyai kitar hayat yang agak berbeza, disebabkan oleh unsure genetic dan cirri-ciri biologi yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya, lalat daging (famili Sarcophagidae), kebanyakan lalat betina ini bersifat larviparus, iaitu melahirkan larva secara hidup tanpa melalui peringkat telur, maka tempoh kitar hayatnya lebih singkat berbanding dengan lalat langau dalam famili Calliphoridae yang bersifat oviparous (melahirkan telur).
Dengan memahami dan mendalami kitar hayat sesuatu spesies lain, ahli entomologi forensic boleh menganggarkan waktu kematian berdasarkan suhu persekitaran di tempat kejadian jenayah, jenis spesies lalat dan peringkat instar larva lalat yang berad pada mayat dengan lebih tepat. Jika mayat dijumpai di luar rumah, maka lalat betina dianggap meletakkan telurnya pada mayat dalam masa yang singkat, iaitu dalam lingkungan satu jam selepas kematian berlaku. Namun, masa bertelur akan berubah jika mayat dijumpai di dalam rumah atau di dalam bilik yang tertutup. Hal ini demikian kerana terdapat halangan fizikal (contohnya, pintu dan dinding) untuk lalat betina bertemu dengan mayat. Begitu juga dengan factor cucaca, jika hari hujan lebat semasa kematian berlaku, maka lalat betina akan terlewat ke mayat jika mayat berada di dalam perigi, ditanam bawah tanah, di dalam gua, disimpan dalam kereta, direndam di dalam air ataupun dijumpai di tingkat 20 di sebuah bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Jika kematian berlaku pada waktu malam, adakah lalat betina akan terus bertelur pada mayat atau bertelur pada keesokan hari? Lalat adalah serangga yang bersifat diurnal, iaitu aktif pada waktu pagi dan bertelur pada waktu siang. Namun, oviposisi nokturnal masih dalam keadaan kontroversi kerana sesetengah lalat bertelur dalam keadaan gelap.

Punca kematian

Pengambilan dadah, racun atau ubat yang terlebih dosnya boleh membawa kematian. Jika mayat dijumpai dalam keadaan segar, maka doktor patologi forensik masih boleh mengesan jenis dadah atau racun daripada sampel darah, urin, specimen hati dan tisu ginjal untuk analisis jenis racun dan kandungan dadah. Jika mayat dijumpai selepas seminggu dan berada dalam keadaan pereputan lanjut, maka tiada lagi sampel darah, urin ataupun tisu hati boleh didapati untuk ujian pengesanan dadah.
Walaupun begitu, larva lalat yang berada di atas mayat atau sekelilingnya boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Contohnya, dalam kes bunuh diri, selepas si mati mengambil racun rumpai, racun tersebut akan dibawa ke seluruh badan oleh system peredaran darah dan diserap ke dalam tisu badan. Apabila larva lalat memakan daging mayat untuk tumbersaran, secara tidak langsung sisa-sisa racun ini juga dimakan oleh larva lalat. Dengan adanya teknologi canggih dan sensitif seperti kromatografi gas (GC) dan kromatografi cecair berprestrasi tinggi (HPLC), maka kehadiran racun dalam tisu si mati dpat dikesan dengan cara mengekstrak daripada usus larva lalat, walaupun racun tersebut dalam kuantiti yang sangat kecil. Bidang ini dikenali sebagai entomotoksikologi dan banyak kajian sedang dijalankan tentang kesan dadah seperti heroin dan morfin akan melambatkan kadar perkembangan lalat dan dadah seperti kokain dan metamfetamin akan mempercepatkan kadar perkembangan lalat.]

Selain itu, penyemburan insektisid seperti malation pada badan mayat akan melambatkan masa ketibaan lalat kepada mayat selama satu minggu. Oleh itu, pengetahuan tentang jenis dadah terhadap perkembangan lalat amat penting dalam menganggarkan waktu kematian, terutamanya dalam kes yang melibatkan dadah atau keracunan.

Sumber: Heo Chong Chin, Pensyarah Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Monday 28 March 2011

Dunia Nazak

Tsunami yang berasal daripada perkataan Jepun bermaksud ” ombak gergasi” sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada dihadapannya. Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda  dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?
Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu. Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millenium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada tahun 2012. Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun dimana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.

Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.


Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.
 
Planet Nibiru




Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.

Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?
Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.
 
Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan engkau mengetahuinya. Katakanlah (Muhammad), ” sesungguhnya pengetahuan tentang (hari kiamat) ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” [ Al-'Araf : 187]

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Tsunami Jepun

 

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan.

Sumber: Mingguan malaysia, Ahad, 20 Mac 2011


Saturday 19 March 2011

Hidupan melata di bintang

Al-Quran yang diturunkan lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengandungi banyak pertanyaan berkaitan dengan alam. Ahli sains yang membuat kajian tentang alam dan kemudian melihat ayat al-quran, sama ada secara sengaja atau secara kebetulan akan mendapati bahawa yang mereka kaji itu ada dinyatakan dalam al-quran dan seterusnya mengakui bahawa al-quran adalah benar. Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran al-quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran a-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasalh daripada Nabi Muhammad SAW dan beliau mengakui kebenaran a-quran. 

Bentuk alam semesta

"Dan langit penuh dengan jalan-jalan bintang."-Surah al-Dhariyat 7



Dalam sesetengah terjermahan a-quran, perkataan hubuk tidak diterjermahkan, bahkan ditinggalkan dengan perkataan asal dan kemudian ditafsirkan sebagai langit yang cantik dan indah dan sebagainya, seperti yang terdapat dalam tafsir Ibn Khatir. Namun perkataan hubuk yang berasal daripada perkataan a-habikah seperti yang terdapat dalam Kamus Besar Arab Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan bahawa hubuk, iaitu jamak pada perkataan al-habikah juga bermaksud sulaman, selain 'jalan-jalan bintang."

Struktur Skala Besar Alam Semesta
Kajian oleh ahli kosmologi mendapati bahawa struktur skala besar alam semesta adalah seperti tenunan yang ditenun rapi. kajian yang telah dilakukan oleh ahli kosmologi dan dilaporkan dalam jurnal tentang struktur alam ini menyatakan bahawa struktur skala besar alam semesta mengandungi kawasan lohong atau lompong dengan rantaian atau untaian filamen yang menghubungkan antara apa yang dinamakan sebagai gugusan maha besar, gugusan, kumpulan galaksi dan yang paling kecil galaksi. Galaksi dibina oleh bintang. satu gugusan mengandungi 50-1000 galaksi yang boleh mencapai garisan rentas 32 tahun cahaya. Gugusan ini bergerak dengan halaju yang amat tinggi, dan tidak mungkin bagi daya tarikan graviti semata-mata mampu mengekalkan gugusan ini. oleh hal yang demikian, ahli kosmologi menyatakan bahawa kemungkinan wujud jirim gelap yang membantu gugusan ini daripada terburai dan bercerai-berai.

Persamaan dengan sulaman
Sekiranya kita meneliti sulaman yang dibuat oleh manusia, kita akan mendapati bahawa sulaman tersebut mengandungi simpulan besar dan simpulan kecil. Menurut ahli kosmologi, alam semesta ini juga kelihatan seperti sulaman tersebut.

Daya tarikan dalam alam semesta
Planet yang berada di sekeliling bintang, berada dalam keadaan seimbang dan harmoni dan tidak berterbangan atau berguguran disebabkan wujudnya daya tarikan antara satu sama lain. Ahli fizik menamakan daya tarikan ini sebagai daya tarikan graviti. daya tarikan inilah yang dinyatakan oleh sains sebagai faktor yang mengharmonikan alam semesta ini. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak daripada peraturan dan keadaan yang dirtetapka baginya; dan jika kedua-duanya 9ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah SWT. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.-Surah Fatir 41

Dalam ayat ini, perkataan yumsikuu diterjermahkan kepada menahan dan memelihara. Perkataan ini juga dimaksudkan sebagai memegang. Dalam ayat yang sama, fungsi memegang ini diperjelas dengan perkataan tazoolaa dan zaalataa yang berasal daripada kata dasar yang sama, iaitu zawala. Perkataan zawala bermaksud berganjak atau beralih tempat. Ahli kosmologi menjelaskan bahawa daya tarikan graviti umpamanya anatara planet dengan matahari, bumi dengan bulan, bumi dengan planet lain, planet dengan planet menyebabkan planet tersebut terus-menerus bergerak dalam orbitnya.

Benda hidup wujud di bintang
ahli sains terus-menerus membuat kajian untuk mencari benda hidup di bulan atau planet sistem solar dan juga di planet lain. untuk mengetahui sama ada terdapat kehidupan di bulan atau di planet, ahli sains terpaksa terlebih dahulu mengenal pasti kewujudan air di lokasi tersebut. Mereka mempunyai kelengkapan canggih untuk menentukan sama ada air wujud atau tidak. sekiranya wujud air, maka kemungkinan besar wujud kehidupan di situ. al-quran dengan jelas menyatakan bahawa organisma hidup berasal daripada air, terjermahannya:

"tidakkah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu dan kemudian kami pisahkan keduanya dan kemudian kami pisahkan keduanya dan kami jadikan setiap benda hidup daripada air?"-Surah al-anbiya 30

Pencarian kehidupan oleh ahli sains telah dilakukan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Al-Quran menyebut tentang kehidupan di bintang, yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian lengit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada kedua-duanya daripada makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya)."- Surah al-Syura 29

Dalam ayat ini, perkataan daabaah diterjemahkan kepada makhluk yang melata. Antara daabaah seperti yang disebut dalam kamus ialah haiwan seperti kuda, lembu, kambing dan sebagainya. Oleh sebab is makhluk yang melata, maka ia perlukan satu permukaan. Maksudnya, di langit dan di bumi terdapat makhluk yang melata. Dalam kamus Hans Wehr, Arabic-English Dictionary, perkataan daabaah dimaksudkan sebagai haiwan. Al-Quran mengatakan bahawa mungkin terdapat haiwan pada planet yang ada di sekeliling matahari, bulan yang ada di sekeliling planet atau di planet yang terdapat dalam galaksi bimasakti yang jumlahnya sekitar 400 bilion. sekiranya wujud haiwan, pasti wujud segala keperluan haiwan seperti tumbuh-tumbuhan, air, oksigen, karbon dioksida, protein dan sebagainya seperti yang wujud di bumi. Cuma tiada manusia kerana manusia bukan tergolong dalam kalangan daabaah.


Sumber: Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Tuesday 15 March 2011

Ngerinya kiamat

Teori kerkahan besar dan hari kiamat

Al-Quran telah membicarakan hari kiamat dengan gambaran yang amat mengerikan. Allah berfirman:

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandunginya, dan manusia bertanya: Mengapa bumi jadi begini?"-surah az-Zalzalah: 1-3

Allah berfirman lagi tentang hari kiamat: "Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.-Surah al-Qaariah: 4-5

Pada hari kiamat, semua manusia yang telah mati akan dibangkitkan kembali dalam bermacam-macam keadaan seperti digambarkan dalam Al-Quran: "Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. "-Surah az-Zalzalah:6


Pada hari ini, hari kiamat bukanlah sekadar teori yang digambarkan oleh sebahagian saintis tetapi mereka meyakininya. Hari kiamat bermaksud berakhirnya alam semesta yang amat luas ini. Ahli fizik dan kosmologi menyatakan bahawa keadaan berakhirnya alam semesta ini sebagai teori kerkahan besar (The Big Crunch). Ahli fizik telah lama menyedari bahawa alam semesta ini sentiasa berkembang seperi sebiji belon yang ditiupkan oleh seseorang. mereka mendapati bahawa galaksi yang jauh saling bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kadarnya yang semakin pantas. Pada tahun 1998, ahli astronomi telah mengkaji supernova yang jauh dan mendapati alam semesta semakin bergerak pantas mengembang. Mereka menyatakan bahawa terdapat sesuatu dipanggil "tenaga hitam" yang menyebabkan proses penolakan alam semesta. Sekaligus proses ini menyebabkan proses penolakan alam semesta. Sekali gus proses ini menyebabkan alam semesta mengembang dengan kadar yang semakin pantas. dalam teori tenaga hitam, proses pengembangan alam semesta dikatakan didoraong oleh suatu medan yang disebut "medan skalar". Bahkan sejurus sahaja letupan besar berlaku, medan inilah yang dikatakan menjadi faktor utama yang mendorong pengembangan alam semesta. keadaan sejurus berlakunya "letupan besar" dinamakan sebagai infiniti. teori ini telah dibangunkan oleh seorang pengkaji fizik yang bernama Andrei Linde dari Universiti Stanford. Menurut sesetengan saintis, kadar pengembangan alam semesta menjadi semakin perlahan sehingga mencapai suatu tahap yang dinamakan sifar. Walaupun begitu, mereka mempercayai bahawa alam semesta tetap mengalami proses pengembangan selepas keadaan sifar. Namun, teori ini mempunyai kelemahannya.

Menurut Andrei Linde, proses pengembangan alam semesta bukan sahaja akan berhenti sehingga mencapai tahap sifar, tetapi akan mewujudkan situasi yang dipanggil infniti manusia berdasarkan teori fizik kuantum. Keadaan infiniti minus akan menyebabkan pengembangan alam semesta menjadi sebaliknya, iaitu pengecutan dan menyebabkan fenomena ruang dan masa mengalami keruntuhan yang total. berdasarkan kajian sains, alam semesta pada ketika ini berumur dalam lingkungan 14bilion tahun dan kemungkinan fenomena ini akan berlaku dalam 10-20 bilion tahun lagi. hal ini bermaksud bahawa manusia pada hari ini berada di tengah-tengah zaman kehancuran semesta. sesetengah teori kosmologi menyatakan bahawa apabila berlakunya keadaan infiniti minus, maka fenomena masa dan graviti akan berlaku secara berlawanan. Hal ini bermaksud masa akan kembali ke belakang dan graviti akan mempunyai daya yang bertentangan. Ahli fizik seperti Michael Berry, Thomas Gold, dan Stephen Hawking adalah penyokong kepada teori ini. Allah berfirman:

"Pada hari kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya."-Surah Al-Anbiyaa:104

Proses pengembalian masa ke belakang ini seumpama sebuah pita rekod yang merakamkan segala sejarah dan peradaban manusia. Allah berfirman:

"Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan."-Surah al-Jaatsiyah:28

Daya graviti yang bertentangan semasa berlakunya proses pengecutan alam semesta akan menyebabkan kesemua objek berjisim akan ditarik ke atas. keadaan ini akan menyebabkan gempa bumi yang sangat hebat dan gunung-ganang akan mengalami proses penarikan ke atas. Al-Quran menyatakan: "Maka apabila sangkakala ditiup dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur."-Surah al-Haaqqah: 13-14

Proses keterbalikan graviti akan menyebabkan bumi memuntahkan segala isisnya. kesemua kandungan seperti larva yang panas di lapisan bawah bumi akan ditarik ke atas oleh kuasa graviti. Al-Quran berbicara :

"Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang berterbangan."-Surah Al-Maarij:8-9

Hari kiamat mampu dijelaskan melalui kaedah sains dan pada hari ini semakin ramai pengkaji yang meyakininya. Al-Quran menjelaskan bahawa tiada sesiappun yang mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat. Namun, kejadiannya dapat dijelaskan dalam teori kerkahan besar.
 
-oleh Sofian Alias

Kiamat menurut dalil

terdapat tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat sama da tanda-tanda kecil atau tanda-tanda besar seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Antara tanda besar yang akan berlaku termasuklah matahari terbit ari barat boleh dimaksudkan dari sudut kiasan. Matahari melambangkan cahaya islam. Dalam keadaan masyarakat manusia, khususnya masyarakat islam pada masa ini berada dalam keadaan gawat, ramai orang barat yang memeluk agama islam. fenomena ini kini benar-benar berlaku dan menurut laporan akhbar di Eropah dan Amerika, agama islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di Eropah melui proses pertukaran agama. Walaupun Nabi Muhammad SAW menjelakan dalam hadisnya tentang tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar, baginda tidak pernah menyatakan bila kiamat akan berlaku. antara tanda besar kiamat akan berlaku termasuklah matahari akan terbit dari sebelah barat. Oleh hal yang demikian, sekiranya ada spekulasi tentang kiamat akan berlau pada tahun 2012, maka itu hanya spekulasi semata-mata dan mereka yang beriman tidak perlu berasa bimbang akan berlakunya perkara tersebut. Yang perlu dilakukan oleh mereka yang beriman adalah untuk menghadapi kiamat kecil, iaitu kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Maksud ibadah ialah melakukan amalan baik dan diniatkan kerana Allah SWT. 

Matahari terbit dari barat.
Selama ini matahari terbit dari timur. Matahari terbit dari timur kerana bumi berpusing di atas paksinya. Setiap pagi matahari terbit dari timur, dan beredar secara perlahan-lahan merentasi langit, dan kemudian terbenam di barat. Kemudian, matahari meneruskan pergerakan di sebelah bumi dan kemudian terbit semula di sebelah timur. ini adalah fenomena yang kelihatan dari bumi dan inilah pandangan masyarakat zaman silam. Apa yang sebenarnya berlaku ialah bumi beredar mengelilingi matahari. Matahari tidak bergerak relatif kepada bumi. Manusia melihat bahawa matahari mengelilingi bumi. hakikatnya, bumi yang bersedar mengelilingi matahari. bumi pula berpusing di atas paksinya sekali setiap 24jam dan oleh sebab itu kelihatan matahari kembali pada kedudukan asal setiap hari. Sekiranya seseorang meneliti sistem solar dan memerhatikan semua planet yang beredar pada arah yang sama dengan arah lawan jarum jam, iaitu dari barat ke timur. Tetapi ada dua planet yang beredar secara bertentangan, iaitu planet Venus dan Uranus. Saintis berpendapat bahawa planet venus telah dilanggar oleh tahi bintang jutaan tahun yang lalu sehingga arah yang asal telah berubah. Planet Uranus juga telah dilanggar oleh tahi bintang sehingga arah peredarannya berubah. Namun, bumi berpusing dari barat ke timur. ini bermakna bahawa sekiranya seseorang berdiri memandang matahari, ia kelihatan bergerak ke arah barat.



Apabila arah peredaran bumi berubah
Sekiranya bumi berubah arah putaran dari timur ke barat, maka matahari akan terbit dari timur. Saintis setakat ini hanya menyatakan bahawa putran bumi di atas paksinya sendiri semakin lama semakin perlahan menyebabkan tempoh malam dan siang bertmabha panjang berbanding dengan awal pembentukan bumi. Apabila tempoh siang malam menjadi lebih panjang, maka pelbagai masalah di atas muka bumi akan berlaku seperti kemarau yang panjang dan pelbagai fenomena buruk lain akan berlaku.

Sekiranya bumi berhenti berpusing
Secara teorinya, apabila bumi berputar secara bertentangan dari arah yang biasa, matahari akan terbit dari barat. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan fenomena tersebut berlaku iaitu pusingan bumi di atas paksinya sendiri menjadi semakin perlahan dan akhirnya ia berhenti berpusing sebelum berpusing ke arah yang berlawanan. Apabila keadaan ini berlaku sudah pasti menyebabkan pelbagai masalah yang teruk di atas muka bumi. Namun, apakah punca bumi boleh berpusing ke arah yang berlawanan dari arah pusingan sekarang? Antara faktornya termasuklah perlanggaran dengan objek besar seperi meteorit atau tahi bintang dan perubahan kutub utara atau selatan. Allah berfirman:

"Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan..."-surah infitar:2

Dalam surah ini dijelakan oleh Allah suasana menjelang kiamat apabila bintang-bintang bertaburan kerana lari dari orbitnya. Menurut al-Quran, langit dan bumi ini ada tarikan (graviti):

"sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika kedua-duanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia maha penyabar, lagi maha pengampun."-Surah Al fatir:41

Daya tarikan ini, menurut sains boleh musnah apabila bintang musnah dan kemusnahan bintang seperti dalam firman Allah:

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak." -surah ar-rahman :37

Hilang cahaya pula apabila bahan api yang ada dalam bintang tersebut habis seperti dalam firman Allah:

'Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)."-surah takwir:1

Allah juga berfirman:
"(ingatlah) hari kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami; sesungguhnya kami tetap melaksanakannya."- Surah Al-Anbia :104

Apabila daya trikan yang wujud antara bintang menjadi lemah atau terus hilang kerana bintang ini meletup, kehabisan bahan bakar dan sebagainya, maka kemungkinan cebisan bintang ini melanggar bumi menyebabkan bumi bertukar arah pusingannya. Apabila pusingan bumi di atas paksinya, iaitu dari timur ke barat maka matahari akan terbit dari barat. Masa inilah kemusnahan alam ini berlaku.
-Oleh Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sumber: Dewan Kosmik Keluaran Disember 2010, m/s 10,11,12 dan 13


Tuesday 8 March 2011

Sihir dalam masyarakat melayu

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Menurut Ibn. Khaldun dalam buku Muqaddimah, "Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani."

Mayarakat melayu menggunakan sihir untuk bebrapa tujuan iaitu untuk melindungi diri, mendapatkan kelebihan, mengawal atau memusnahkan musuh, meramal masa hadapan dan alimun.

Jenis-jenis sihir

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Antara bahan yang digunakan untuk membuat patung tersebut ialah tanah liat, kayu, tepung, plastesin, jerami dan kayu daka (nesan kayu). Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan mangsa akan sakit seterusnya membawa maut.



SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.


TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

 Kesan-kesan sihir

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih
  • Timbul perasaaan syak wasangka di anatara kedua belah pihak secara tiba-tiba
  •  Tiada perasaan timbang rasa
  • Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
  • Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh diantara  kedua-dua suami isteri. 
  • Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah.  
  • Berubahnya sesuatu keadaan tertentu seperti perasaan kasih kepada perasaan benci.

2. Sihir pengasih / sihir kasih sayang

  • Sabda Rasulullah s.a.w :
    Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331
  • Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.
  • Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
    Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

3.Sihir Pukauan
  • Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
  • Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
  • Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.
  • Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­
4. Sihir Gila       
  • Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
  •  Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
  • Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
  •  Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
  • Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
  • Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.
 
5. Sihir menyendiri atau keseorangan
  • Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
  • Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
  • Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
  • Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
  • Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
  • Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
  • Selalu mengasingkan diri sendiri.  
6. Sihir Histeria
  • Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
  • Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
  • Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
  • Mengalami perasaan was-was.
  • Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
  • Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
  • Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
  • Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

7. Sihir Penderitaan sakit
  • Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
  • Kerapkali diserang penyakit sawan.
  • Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
  • Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
  • Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti. 
8 Sihir Pendarahan (Istihaadah)
  • Sihir berlaku kepada golongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran ­saluran (urat-urat) darah.
  • Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat ­kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.
 
9. Sihir gagal perkahwinan
  • Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
  • Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).
  • Sihir mati pucuk
 10. Sihir mandul
  • Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.
  • Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah

Apa itu ilmu kebatinan

Di sini adalah satu contoh ilmu kebatinan dengan cara menuntut. Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-

Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
p/s : Hanya sekadar contoh, bukan untuk dipraktikkan. sumber diperolehi dari: link

 Cara-cara mengatasi sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Walaupun sihir sudah jelas-jelas haram di sisi agama, namun masih ada segelintir masyarakat yang mengamalkan budaya dan amalan ini. Semoga kita semua terhindar dan menghindar dari perbuatan terkutuk ini...

Sumber: