Thursday 31 March 2011

Lalat dalam forensik

Setiap ciptaan tuhan ada kegunaannya. Ramai yang tidak tahu tentang kebaikan lalat kepada manusia dan alam persekitaran. sebagai contoh, lalat daging merupakan agen pendebungaan untuk bunga raksasa (bunga refleksi) di hutan hujan tropika. lalat juga memainkan peranan dalam ekosistem. melalui keupayaannya mengitar semula nutrien daripada benda hidup kepada benda bukan hidup yang kembali ke tanah melalui proses pereputan. Nutrien yang dikembalikan ke tanah akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk melaksanakan proses tumbesaran dan fotosintesis. Tumbuhan berfungsi sebagai pembekal makanan kepda pengguna primer (contohnya seperti lembu) dan nutrien tersebut akan dipindahkan kepada pengguna sekunder dan tertier melalui hubungan pemangsaaan. Walau bagaimanapun, kesemua tenaga dan nutrien akan dikembalikan ke tanah selepas pengguna primer mati. Dalam bidang perubatan,lalat amat berguna dalam "terapi maggot" dan sains forensik. Penggunaan lalat dan serangga lain (seperti kumbang, tungau dan semut) dalam penyiasatan jenayah dikenali sebagai entomologi forensik. bagaimanakah lalat digunakan dalam penyiasatan jenayah? rekod terawalnya ditemui pada kurun ke-13 di China. menurut catatan dalam buku yang bertajuk The washing away of wrongs, seorang penyisat yang bernama Sung Chi telah dipanggil untuk menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku si sebuah kampung. Mayat seorang pesawah padi telah dijumpai di sawah san Sung Chi mendapati luka pada badan si mati disebabkan oleh sebilah pisau sabit. Sung Chi mengumpulkan semua petani yang mempunyai sabit dan memberitahu bahwa identiti pembunuh akan diketahui  dalam masa yang singkat. Selepas semua petani berkumpul dan mereka diminta berdiri diam serta menghulurkan sabit masing-masing. Tidak lama kemudian, Sung Chi telah mengenal pasti pembunuh yang sebenar dan akhirnya, pembunuh itu mengaku bahawa dialah yang membunuh mangsa tersebut. bagaimanakah Sung Chi mendapat tahu identiti pembunuh sebenar? Jawapannya, lalat.

                                                           Chrysomya megacephala

Hal ini demikian kerana pisau sabit yang terbabit dalam pembunuhan sepatutnya mempunyai kesan darah yang tertinggal pada hujung mata pisau. Lalat akan menghinggapi pada sabit yang berbau darah walaupun pembunuh itu telah mencuci sabit tersebut. Sung Chi menggunakan pengetahuan biologi dan sifat lalat yang gemar akan bau darah dan berjaya mengenal pasti pemilik sabit adalah pembunuh kerana sabitnya dihinggapi oleh lalat, sedangkan sabit lain tidak menarik kehadiran lalat. Sebelum kurun ke-17, menusia masih percaya bahwa ulat yang berada di atas daging yang mereput muncul semula jadi. teori ini dibuktikan salah apabila seorang doktor Itali, Francesco Redi yang melaksanakan eksperimen untuk membuktikan bahawa ulat itu sebenarnya larva lalat dan larva itu menetas daripada telur lalat, bukan muncul secara spontan. pada tahun 1980-an, Dr. Bergeret d'Arbois dari Perancis mengaplikasikan ilmu urutan ekologi fauna pada mayat bayi untuk menganggarkan waktu kematian. Pada Mac 1850, seorang mumia bayi telah dijumpai dalam dinding batu di belakang sebuah perapian. Pihak polis terus menahan dan mensyaki penghuni rumah, iaitu sepasang suami isteri yang baru berpindah ke rumah itu. Dr. Bergeret diminta untuk menyiasat pembunuh bayi ini. Semasa autopsi dilakukan, baliau menjumpai banyak pupa kosong spesies lalat Sarcophaga Camaria.

Berdasarkan pengetahuan tentang kitar hayat lalat ini, beliau membuat kesimpulan bahawa lalat betina melahirkan larva ini setelah bayi itu meninggal dunia pada tahun 1848. Lalat larva tersebut menjadi dewasa pada tahun 1849. Tambahan pula dengan keadaan dalam dinding batu yang kedap udara, maka mayat bayi itu berubah menjadi mumia. Kejadian mumia ini akan menarik kehadiran larva kupu-kupu kain (Tineidae). Berpandukan sifat biologi serangga dana masa urutan serangga yang sampai kepada mayat, Dr Bergeret membuktikan bahawa pembunuh bukanlah penduduk rumah yang ditahan sekarang, tetapi penduduk rumah yang tinggal di rumah tersebut dua tahun yang lalu.Entomologi forensik sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga kategori. Kumpulan pertama dikenali sebagai Entomologi Bandar. bidang ini lebih mementingkan kes-kes entomologi forensik yang melibatkan harta benda di bandar seperti bangunan dan taman persendirian. Contohnya, kejadiran anai-anai di sesebuah bangunan dan membawa risiko keruntuhan atau mengancam keselamatan penduduk di dalam bangunan tersebut.  

Maka penduduk boleh membawa kes ini ke mahkamah dengan danya bukti infestasi anai-anai dan pihak yang bertanggungjawab dikehendaki untuk membayar ganti rugi. Contoh lain, infestasi pepijat katil di dalam bilik hotel. Pepijat ini akan menghisap darah penghuni bilik pada waktu malam semasa penghuni tidur dan menyebabkan gatalgatal dan tidur tidak lena. Penghuni juga boleh membuat aduan dan menuntut pampasan daripada hotel. kategori kedua ialah Entomologi  Produk Simpanan. Bidang ini membicarakan kehadiran serangga dalam produk simpanan seperti beras, keju, tepung, bijirin, herba, rempah, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan , tin makanan dan dalam makanan. Contohnya, kehadiran lipas di dalam nasi goreng boleh dibicarakan di mahkamah oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan pihak restoran. Begitu juga dengan telur lalat atau larva lalat yang dijumpai di dalam tin makanan atau di dalam makanan. Buah-buahan yang diimport dari negara asing harus diperiksa oleh kastam untuk memastikan tiada spesies serangga yang membahayakan industri pertanian tempatan. Jika produk tepung mengandungi sejenis spesies serangga kumbang perosak. Dengan adanya pengetahuan tentang distribusi serangga tersebut, kita boleh mengenal pasti dari negara manakah produk itu diimport. Kategori ketiga ialah Entomologi Medikolegal. Bidang inilah yang menggunakan bukti kehadiran serangga pada mayat untuk membnatu dalam siasatan kes pembunuhan (homisid), bunuh diri, rogol, penderaan fizikal dan penyeludupan produk haram (contohnya ganja). Lalat dikatakan antara serangga yang pertama sampai ke mayat dan kehadirannya memberikan penunjuk kepada penyiasat tentang waktu kematian, lokasi kematian, pemindahan lokasi mayat, penentuan tempat kecederaan, mengenal pasti kes penderaan dan pengabaian serta memberikan penunjuk lain seperti musim kematian, saiz mayat dan pendedahan kepada cahaya matahari.

Penganggaran waktu kematian

Banyak kajian telah membuktikan bahawa lalat adalah serangga pertama yang sampai kepada mayat untuk tujuan pengovipositan. Lalat dikatakan mempunyai organ deria yang amat sensitif dengan bau autolisis sel-sel badan dan amat peka terhadap penurunan suhu badan orang yang baru mati. Lalat betina akan meletakkan telurnya dalam longgokan (lebih kurang 300 biji telur) pada bahagian lubang hidung, orbit mata, rongga mulut, bahagian genitalia (jika bahagian tersebut terdedah tanpa pakaian). ataupun luka-luka yangbberdarah. Kitar hayat lalat bermula dengan telur, larva, kemudian pupa dan seterusnya menjadi dewasa. Jenis kitar hayat ini deikenali sebagai holometabolus atau metamorfosis lengkap. Telur lalat akan menetas dalam jangka masa antara 12-24 jam. Larva lalat yang baru menetas daripada telur dikenal sebagai instar pertama. Larva ini bersaiz kecil (kurang  2.5mm) dan aktiviti pemakanannya sangat aktif. Selepas 12 jam, larva instar pertama akan menyalin kulitnya (ekdisis) dan menjadi larva instar kedua yang bersaiz 8 mm. Larva ini meneruskan proses tumbesaran dengan pemakanan yang aktif dan selepas 18 jam, larva instar kedua akan menjadi instar ketiga yang bersaiz 15 mm.
Selepas 72 jam, larva instar ketiga akana mengalamai transformasi kepada peringkat pupa. Pupa ialah satu peringkat yang larva lalat dibaluti dengan kulit kitin yang keras dan larva tersebut adalaha pegun dan tidak menjalankan sebarang aktiviti pemakanan. Selepas 90 jam, lalat dewasa akan menetas daripada pupa. Lalat dewasa merupakan peringkat yang matang dari segi seksualnya dan berupaya untuk melahirkan generasi seterusnya.
Biasanya, jangka hayat seekot lalat dewasa islah selama satu bulan hingga dua bula. Secara amnya, kitar hayat keseluruhan untuk telur lalat menjadi lalat dewasa ialah selama 9-14 hari, bergantung peada suhu dan jenis spesiesnya. Hal ini demikian kerana suhu memainkan peranan yang penting dalam kadar perkembangan lalat. Jika suhu persekitarannya tinggi, maka kadar perkembangan lalat akan menjadi lebih cepat dan sebaliknya. Spesies lalat yang berlainan juga mempunyai kitar hayat yang agak berbeza, disebabkan oleh unsure genetic dan cirri-ciri biologi yang berbeza antara satu sama lain. Contohnya, lalat daging (famili Sarcophagidae), kebanyakan lalat betina ini bersifat larviparus, iaitu melahirkan larva secara hidup tanpa melalui peringkat telur, maka tempoh kitar hayatnya lebih singkat berbanding dengan lalat langau dalam famili Calliphoridae yang bersifat oviparous (melahirkan telur).
Dengan memahami dan mendalami kitar hayat sesuatu spesies lain, ahli entomologi forensic boleh menganggarkan waktu kematian berdasarkan suhu persekitaran di tempat kejadian jenayah, jenis spesies lalat dan peringkat instar larva lalat yang berad pada mayat dengan lebih tepat. Jika mayat dijumpai di luar rumah, maka lalat betina dianggap meletakkan telurnya pada mayat dalam masa yang singkat, iaitu dalam lingkungan satu jam selepas kematian berlaku. Namun, masa bertelur akan berubah jika mayat dijumpai di dalam rumah atau di dalam bilik yang tertutup. Hal ini demikian kerana terdapat halangan fizikal (contohnya, pintu dan dinding) untuk lalat betina bertemu dengan mayat. Begitu juga dengan factor cucaca, jika hari hujan lebat semasa kematian berlaku, maka lalat betina akan terlewat ke mayat jika mayat berada di dalam perigi, ditanam bawah tanah, di dalam gua, disimpan dalam kereta, direndam di dalam air ataupun dijumpai di tingkat 20 di sebuah bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Jika kematian berlaku pada waktu malam, adakah lalat betina akan terus bertelur pada mayat atau bertelur pada keesokan hari? Lalat adalah serangga yang bersifat diurnal, iaitu aktif pada waktu pagi dan bertelur pada waktu siang. Namun, oviposisi nokturnal masih dalam keadaan kontroversi kerana sesetengah lalat bertelur dalam keadaan gelap.

Punca kematian

Pengambilan dadah, racun atau ubat yang terlebih dosnya boleh membawa kematian. Jika mayat dijumpai dalam keadaan segar, maka doktor patologi forensik masih boleh mengesan jenis dadah atau racun daripada sampel darah, urin, specimen hati dan tisu ginjal untuk analisis jenis racun dan kandungan dadah. Jika mayat dijumpai selepas seminggu dan berada dalam keadaan pereputan lanjut, maka tiada lagi sampel darah, urin ataupun tisu hati boleh didapati untuk ujian pengesanan dadah.
Walaupun begitu, larva lalat yang berada di atas mayat atau sekelilingnya boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Contohnya, dalam kes bunuh diri, selepas si mati mengambil racun rumpai, racun tersebut akan dibawa ke seluruh badan oleh system peredaran darah dan diserap ke dalam tisu badan. Apabila larva lalat memakan daging mayat untuk tumbersaran, secara tidak langsung sisa-sisa racun ini juga dimakan oleh larva lalat. Dengan adanya teknologi canggih dan sensitif seperti kromatografi gas (GC) dan kromatografi cecair berprestrasi tinggi (HPLC), maka kehadiran racun dalam tisu si mati dpat dikesan dengan cara mengekstrak daripada usus larva lalat, walaupun racun tersebut dalam kuantiti yang sangat kecil. Bidang ini dikenali sebagai entomotoksikologi dan banyak kajian sedang dijalankan tentang kesan dadah seperti heroin dan morfin akan melambatkan kadar perkembangan lalat dan dadah seperti kokain dan metamfetamin akan mempercepatkan kadar perkembangan lalat.]

Selain itu, penyemburan insektisid seperti malation pada badan mayat akan melambatkan masa ketibaan lalat kepada mayat selama satu minggu. Oleh itu, pengetahuan tentang jenis dadah terhadap perkembangan lalat amat penting dalam menganggarkan waktu kematian, terutamanya dalam kes yang melibatkan dadah atau keracunan.

Sumber: Heo Chong Chin, Pensyarah Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

No comments:

Post a Comment