Wednesday 6 April 2011

Sungai dalam batu

Geologi ialah sains tentang proses pembentukan batu-batu dan tanah. Dalam hubungan ini terdapat ayat-ayat al-quran yang menyatakan fenomena yang berkaitan dengan batu, hakisan batu, pembentukan mineral dan sebagainya sebagai stu peringatan kepada manusia agar manusia beriman kepada-Nya. Tujuan mesej yang disampaikan dalam Al-Quran adalah agar manusia beriman kepada Allah dan apabila manusia beriman, manusia akan mematuhi syariat-Nya iaitu peraturan yang diberikan kepada manusia. Apabila manusia mematuhi syariat-Nya, maka manusia akan dapat menjalani hidup di dunia ini sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi.

Ayat Al-Quran berkaitan dengan Geologi

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menyebut tentang batu, Allah S.W.T berfirman:
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan”.-Surah al-Baqarah:74

Ayat ini menyebut tentang hati manusia yang keras seperti batu atau lebih keras daripada batu kerana ada antara batu yang terpancar sungai dai dalamnya. Ayat ini merupakan ayat yang berkaitan dengan orang-orang Yahudi yang keras hatinya apabila tidak menerima dakwah nabi Musa A.S. Hati mereka labih keras daripada batu kerana sesetengah batu, ada yang boleh ditembusi oleh air sehingga menjadi sungai dan ada antara batu-batu yang boleh pecah berderai dengan titisan air. Pernyataan ayat ini merupakan pernyataan geologi.
Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat ini menunjukkan bahawa terdapat batu-batu yang sungai mengalir di dalamnya dan ada yang pecah berderai dan ada yang jatuh dari atas bukit ke bawah.

Dalam ayat Al-Quran dinyatakan kewujudan batu yangb boleh mengalir di dalamnya sungai-sungai dan ayat ini juga menyetakan proses luluhawa yang disebabkan oleh air. Maksud minal hijarah ialah antara betu-betu itu, maksudnya ada pelbagai jenis batu di bumi ini. Dalam konteks geologi, batu diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antara jenis batu ialah batu igneus, batu enapan dan batu metamorf. Batu igneus terbentuk daripada magma atau lahar panas bumi dan ia dibahagikan kepada dua jenis, iaitu batu plutonik dan batu gunung berapi.  Batu pluton terbentuk apabaila magma atau lahar bumi nebjadi sejuk dan menghablur secara perlahan-lahan di dalam bumi. Contoh batu jenis ini ialah batu granit. Batu gunung berapi pula ialah batu yang terbentuk apabila magma atau lahar bumi bergerak ke arah permukaan bumi. Jenis batu kedua ialah batu enapan. Batu enapan atau batu sedimen terbentuk hasil daripada mendapan sama da pecahan batu-batu yang telah sedia wujud sebelum ini atau mendapan bahan-bahan organik atau mendapan bahan kimia, diikuti dengan proses mampatan bahan-bahan zarah atau bahan-bahan terampai. Batu-batu jenis ini terdapat di permukaan bumi. Antara batu jenis ini ialah batu lumpur yang merangkumi 65 peratus daripada jenis batu ini, batu pasir yang merangkumi antara 20-25 peratus dan batu karbonat yang merangkumi antara 10-15 peratus.

 Batu granit


Fenomena kewujudan sungai dalam batu, seperti dinyatakan dalam surah al-baqarah ayat 74 merupakan fenomena yang tidak berlaku di negara padang pasir seperti Arab Saudi. Sungai wujud di Negara yang banyak menerima hujan dan Arab Saudi adalah Negara yang sangat kurang menerima hujan. Dengan kadar hujan sebanyak 100 mm/tahun, sungai tidak akan terbentuk, namun Al-Quran menyebut tentang wujudnya sungai dalam batu.

Sungai dalam batu merupakan satu fenomena yang wujud di kawasan yang banyak mengandungi batu mampatan atau sedimen seperti batu kapur atau batu kalsium karbonat. Batu jenis ini adalah batu yang boleh dilarutkan oleh air, terutama air yang berasid. Air yang datangnya dari permukaan seperti air hujan mengalir melalui kawasan tanah yang berbatu kapur, melarutkan batu tersebut untuk membentuk gua-gua batu kapur. Air tersebut seterusnya mengalir ke permukaan yang lebih dalam dan membentuk sungai dalam batu, sebagai contoh sungai dalam batu di Mostar, Bosnia.

 Batu kapur


Pengajaran daripada Ayat AL-Quran

Kenyataan Al-Quran tentang sungai dalam batu merupakan satu kenyataan bersifat saintifik. Sungai seperti ini tidak wujud di Semenanjung Arab, dan oleh sebab itu akal manusia tidak mengetahui fenomena ini ribuan tahun yang lalu. Kenyataan ini merupakan kenyataan yang datangnya dari Pencipta Ala mini iaitu Allah S.W.T

Sumber: Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

2 comments:

  1. Sekeras2 batu pon boleh pecah, apatah lagi hati manusia kan mila...ishhh lari tajuk ckit...heeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. hehehehe... nk buat camana...ada hati manusia keras dari batu...

    ReplyDelete