Monday 28 February 2011

Misteri Crop Circle yang belum terungkai

LINGKARAN aneh atau crop circle yang selalunya terjadi di ladang gandum dan barli masih kekal sebagai antara misteri paling membingungkan lantaran ia bercorak geometri atau abstrak yang setiap sudutnya mempunyai kiraan sama.

Kejadian paling awal direkodkan pada abad ke-17 dengan imej potongan kayu menggambarkan syaitan membuat putaran di padang dengan sabit panjang. Risalah yang disebarkan seiring gambaran itu menjelaskan seorang peladang marah dengan harga yang diminta oleh seorang tukang mesin rumput dan berkata dia rela ‘menjadikan dirinya syaitan’ dan melakukan sendiri tugas itu.


Laporan menyatakan pada malamnya kawasan itu bercahaya seolah-olah terbakar dan keesokan paginya, crop circle terbentuk, dikatakan hasil kerja syaitan.


Seiring masa, orang ramai mula mendakwa melihat cahaya di langit yang tidak boleh dijelaskan dan akhirnya syaitan tidak lagi didakwa menjadi dalang dengan kehadiran crop circle, sebaliknya makhluk asing dan kapal angkasa mereka dipersalahkan. Sehingga hari ini, crop circle sering dikaitkan dengan kehadiran objek terbang tidak dikenali atau UFO.


Di kalangan mereka yang mempercayai piring terbang menghasilkan crop circle juga yakin bentuk di ladang itu sebenarnya mesej daripada bentuk kehidupan yang lebih bijak - mungkin memberi amaran mengenai alam sekitar dan nasib bumi.


Pada 1970-an, banyak kejadian lingkaran aneh itu berlaku di kawasan pedalaman Inggeris dan menjelang 1980-an fenomena itu diberi publisiti meluas dan crop circle mula berlaku di seluruh dunia.


Pada awal kejadian, lingkaran aneh itu berbentuk ringkas tetapi reka bentuknya semakin rumit dan bersimetrik, malah sebahagiannya mempunyai kesan tiga dimensi jika diteliti dari udara.


Misteri kehadiran crop circle seakan-akan dapat dibongkar apabila pada 1991, dua lelaki mengumumkan mereka sebenarnya dalang menghasilkan lingkaran aneh berkenaan dan berkata idea itu timbul ketika mereka berada dalam sebuah bar pada 1976.


Doug Bower dan Dave Chorley menunjukkan bagaimana mereka menggunakan cuma papan, tali, topi dan wayar untuk menghasilkan crop circle. Sementara itu, pengasas Circlemakers.org, John Lundberg dan kumpulannya, pada 1995 membuktikan crop circle ‘yang tulen’ sebenarnya boleh dipalsukan.


Seorang lagi pereka crop circle, Matt Ridley, menulis teknik mudah yang digunakan untuk menghasilkan crop circle dengan memperdayakan ramai orang termasuk pakar. Panduan bagaimana untuk mewujudkan lingkaran aneh itu boleh didapati dengan mudah secara online dan pertandingan menghasilkan crop circle kerap diadakan di United Kingdom.


Di sebalik bukti dan pengakuan pereka crop circle, masih ramai percaya ia adalah fenomena yang tidak dapat dijelaskan. Hujahnya ialah reka bentuknya terlalu rumit dan pelaksanaannya terlalu sempurna untuk dilakukan manusia.


Bagi mencari kebenaran, Discovery Channel memilih pakar aeronautik dan penuntut aeronautik daripada Institut Teknologi Massachusetts pada 2002 dan meminta mereka menghasilkan crop circle. Penyelidik lingkaran aneh itu, Nancy Talbott, mengadakan rundingan dengan pasukan itu dan memberitahu ada tiga petunjuk utama yang membezakan crop circle ‘sebenar’ dengan yang dihasilkan manusia atau palsu.


Menurut Talbott, crop circle sebenar memaparkan ruas tunjang tumbuhan apical yang dipanjangkan, letusan kaviti dalam tunjang tumbuhan dan kehadiran 10 hingga 50 mikrometer garis pusat besi bermagnet dalam tanah. Pasukan berkenaan gagal menghasilkan crop circle yang memenuhi tiga syarat utama itu.


Sehingga kini banyak kejadian crop circle yang dilaporkan di seluruh Eropah. Salah satu paling menarik perhatian ialah bentuk obor-obor sepanjang 182.88 meter yang merentangi ladang barli di Oxfordshire. Ia adalah antara yang terbesar dan reka bentuk crop circle paling luar biasa sehingga kini.


Selepas usaha menghasilkan crop circle tiruan gagal, mungkin ada benarnya pendirian sebahagian orang yang berasa ia mesej dari galaksi lain, amaran supaya melindungi planet ini atau mungkinkah ia sekadar peringatan daripada penduduk lain di bumi? Apa pun hujahnya, satu perkara yang pasti ialah misteri crop circle akan terus menghantui penghuni bumi untuk jangka waktu yang belum tentu ada kesudahannya.

 
 sumber: Berita Harian Online


Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang seringkali dijumpai sehingga kini. Kemunculannya pertamakali ditemui di Inggris pada tahun 1647 iaitu kira-kira 350 tahun dahulu. Sehingga kini belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara mereka terbentuk. Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran atau geometri (dan kebayakan berukuran besar/luas ), bahkan ada juga yang biasa ditemui berbentuk mahkluk hidup seperti kala jengking,bunga matahari, lebah,dan lain-lain yang ditemui di ladang pertanian khususunya gandum. Fenomena Crop Circle banyak ditemui di Inggris, Canada, Amerika, Australia dan Jepun. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas ketika ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman. Akan tetapi, crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan pelbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. 

Banyak yang mengkaitkan crop circle ini dengan kegiatan spiritual karena rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu (gambar-gambar itu terbentuk dengan tanaman yang rebah / roboh). Menurut maklumat yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering dikaitkan juga dengan kemunculan UFO yang berbentuk bola cahaya. Sebuah video yang berjaya dirakam (di oliver’s castle tahun 1996, lihat gambar atas) menunjukkan bahawa sebuah crop circle terbentuk dalam waktu hanya sekitar 20 saat saja. Padahal saiznya mencapai puluhan meter. Sebuah ukiran pahatan kayu dari abad 17 yang dinamakan “Mowing Devil” menunjukkan ada makhluk yang dipercayai adalah syaitan telah membuat kerosakan berupa lingkaran di ladang pertanian.

Kemunculannya di Rusia beberapa tahun yang lalu sangat menakjubkan dimana ia muncul silih berganti .Masyarakat sekitar yang melihatnya tidak memahami bagaimana cara mereka boleh terbentuk secepat itu. Dalam semalaman saja,sekitar 6-7 crop circle dengan ukuran yang besar telah terbentuk dihamparan ladang gandum mereka.Yang membuat mereka semakin kagum adalah bentuk dari crop circle itu sendiri yang pelbagai-bagai, ada yang membentuk citra bunga matahari yang sangat cantik. Sehingga kini, banyak spekulasi dan pandangan mengenai peroses terbentuknya Crop Circle.Ada yang beranggapan fenomena tersebut memang dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan dari proses bencana alam. (Avebury Trusloe, nr Beckhampton, Wiltshire).Sehingga kini belum ada kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut, ketika ini terdapat 5 versi utama. Berikut penjelasannya…
  
Perbuatan manusia
Sebenarnya sukar untuk mempercayai bahawa ia berpunca dari perbuatan manusia. Ramai yang beranggapan bahwa apa yang disebut lingkaran ladang gandum itu tidak lebih dari perbuatan orang gila. Menurut ilmuwan Anderro dari Inggris yang telah menyelidiki dan  meneliti fenomena tersebut selama 17 tahun, sekitar 80% lingkaran ladang gandum itu merupakan buatan manusia. Seorang warga Inggris pernah menuturkan kepada media massa, bahwa dia dan beberapa temannya adalah pembuat lingkaran ladang gandum di London, Inggris. Sebelum ini mereka telah mempersiapkan design gambar, ketika gandum di ladang hampir matang, dengan sebuah paku panjang dipantakkan di ladang gandum, dan paku itu dijadikan sebagai pusatnya. Seterusnya mereka melingkari permukaan tanah dengan tali, lalu muncullah sebuah lingkaran ladang gandum. Masalahnya, apakah mungkin dia dapat membuat lingkaran tersebut dalam satu malam tanpa alat bantu yang bersesuaian? 

Medan magnet
Meskipun Anderro berkeras mengatakan bahwa 80% lingkaran ladang gandum itu adalah buatan manusia, namun, dia juga yakin, bahawa 20% sisanya adalah terbentuk daripada medan magnet bumi. Dalam medan magnet terdapat suatu daya gerak yang ghaib yang dapat menghasilkan suatu arus listrik sehingga tanaman “berbaring datar” di atas permukaan tanah. Ahli terkait asal AS yakni Jeffery Walson telah meneliti 130 lebih lingkaran ladang gandum, dan didapati bahwa 90 % disekitar lingkaran aneh tersebut terdapat transformator yang berhubungan dengan kabel tegangan tinggi. Di bawah garis sepanjang 270 meter tersebut terdapat sebuah kolam dan oleh kerana is diairi, maka ion yang dikeluarkan tanah dari bahagian dasar ladang gandum dapat menghasilkan elektrik negatif, sedangkan transformator yang dihubungkan dengan kabel tegangan tinggi menghasilkan elekrik positif. Setelah elektrik negatif dan positif bersentuhan, ia dapat menghasilkan tenaga magnet listrik, seterusnya merobohkan gandum lalu membentuk lingkaran aneh. Namun demikian mereka belum dapat memberikan seluruh jawapan dari pertanyaan bagaimana bentuk-bentuk aneh itu terbentuk? Apakah mungkin tenaga dapat membentuk bunga atau kelajengking?

Angin Tornado
Menurut fisikawan dari Universiti Michigan, AS iaitu Dr.Delon Smith, perubahan musim panas tidak menentu, angin tornado adalah penyebab utama yang menyebabkan lingkaran aneh itu. Dia mendapati, sejumlah besar lingkaran aneh di ladang gandum yang muncul di sisi gunung atau daerah yang berjarak 60-70 km dari gunung, dimana tempat seperti ini  mudah sekali membentuk angin tornado. Tapi apakah angin tornado dapat membuat lingkaran tersebut? 
  
Buatan makhluk luar angkasa Atau yang paling dikenal Aliens..
Banyak yang meyakini bahawa sebahagian besar lingkaran aneh di ladang gandum terbentuk dalam waktu satu malam, besar kemungkinan adalah hasil buatan makhluk luar angkasa. Sejak 1990, jurugambar Alexander mengatakan, dia melihat cahaya yang ganjil di ladang gandum, cahaya itu terbang kesana-kemari di antara kedua lingkaran aneh. Kemunculan makhluk asing di San Franscisco AS barangkali memperkuat dakwaan ini.
  
Heterodoxy (pandangan sumbang)
Sejumlah orang percaya, bahwa di balik lingkaran ladang gandum terdapat berbagai macam kekuatan ghaib seperti segitiga bermuda. Menurut dugaan ini, ada yang  menyebut lingkaran aneh itu sebagai “pemberitahuan bencana”,  supaya menyebarkan pandangan sumbang yang menyimpang dari ajaran ortodoks. Mungkin kita hanya dapat menunggu ilmuwan untuk menyingkapnya lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment