Sunday 27 February 2011

Resdung

Apa itu resdung?

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. 

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.
Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Gejala-gejala resdung
  • Hidung tersumbat
  • Hidung dan tekak mengeluarkan lendir
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulangMengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainya
jika anda memberikan jawapan ya, anda berkebarangkalian mempunyai penyakit resdung.Untuk pengetahuan anda, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Pembedahan terpaksa dilakukan, jika penyakit resdung dalam keadaan kronik. 

Risiko pesakit resdung

Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.

Individu berisiko mendapat resdung:
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.
Komplikasi

Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna

a) Kanak-kanak
  • Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
  • Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.
  • Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.

b) Dewasa
  • Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
  • Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
  • Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.




No comments:

Post a Comment