Monday, 28 February 2011

Segitiga Bermuda

Pengenalan

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.[ Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya.

Kawasan Segi Tiga  

Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pengarang; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.
Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang tersibuk di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.
 
 




Sejarah cerita Segitiga Bermuda

Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:
Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez (groom of the King's wardrobe) ia memberitahu Pero tentang cahaya yang dilihatnya, kemudian mengarahkan pandangan Pero ke arah cahaya itu, yang mana Pero juga telah terlihat; Pero kemudian membuat perkara yang sama kepada Rodrigo Sánchez of Segovia, yang telah di hantar oleh Raja dan Permaisuri bersama dengan skuadron, sebagai 'comptroller', tetapi dia tidak dapat melihatnya. Laksamana kemudian mengesahkan apa yang dilihatnye satu atau dua kali lagi, yang nampak seperti cahaya dari lilin bergerak ke atas dan ke bawah, yang mana sesetengah orang berpendapat ianya datang dari daratan. Laksamana bagaimanapun pasti yang kawasan daratan itu sudah hampir.
Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.
Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada 16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle"; he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert.

Penjelasan Kusche

Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.
Kusche membuat beberapa kesimpulan:
  • Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
  • Di kawasan sering dilanda ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
  • Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
  • Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.
Kusche menmbuat kesimpulan bahawa:
Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buata .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.
 Pendapat lain

Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.
Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).
Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya.

Hidrat metana

Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)Satu kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat. Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu. berkenaan kemunculan hidrat di kawasan

 Variasi kompas

Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.

Hurikan
Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.

Arus Teluk

Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..

Ombak Gadang 

Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang.

Perbuatan Manusia

Kesilapan manusia

Satu daripada alasan rasmi yang popular mengenai kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda. Sebagai contoh, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai punca kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Adalah diingatkan bahawa sebab-sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.

 Tindakan kemusnahan yang disengajakan

Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika SyarikatPerang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman. telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa
Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.
Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah. Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.

Teori Popular

Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.
Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.
Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.

peristiwa-peristiwa terkemuka
  
 
Flight 19
Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik.
Mary Celeste 
Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.


Ellen Austin
The Ellen Austin supposedly came across an abandoned derelict, placed on board a prize crew, and attempted to sail with it to New York in 1881. According to the stories, the derelict disappeared; others elaborating further that the derelict reappeared minus the prize crew, then disappeared again with a second prize crew on board. A check of Lloyd's of London records proved the existence of the Meta, built in 1854; in 1880 the Meta was renamed Ellen Austin. There are no casualty listings for this vessel, or any vessel at that time, that would suggest a large number of missing men placed on board a derelict which later disappeared.

USS Cyclops
Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini. 
  
Theodosia Burr Alston
Theodosia Burr Alston adalah anak kepada bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr. Kehilangan beliau telah disebut sekali berkait dengan Segi Tiga Bermuda, di dalam The Bermuda Triangle oleh Adi-Kent Thomas Jeffrey (1975). Beliau adalah seorang penumpang kapal Patriot, yang berlayar dari Charleston, South Carolina ke New York City pada December 30, 1812, dan tidak lagi kedengaran selepas itu. Kegiatan lanun dan Perang 1812 dikaitkan sebagai penjelasan, juga teori yang mengatakan beliau ditempatkan di Texas, di luar daripada Segi Tiga Bermuda.

Spray
Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi; dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap; tidak terdpat bukti langsung dia pernah berada dalan Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.

  
Berikut merupakan beberapa jenis pesawat yang hilang di Segitiga Bermuda




sumber gambar: http://www.malaysiasensasi.net/2010/10/pesawat-yang-hilang-di-segitiga-bermuda.html 

Misteri Crop Circle yang belum terungkai

LINGKARAN aneh atau crop circle yang selalunya terjadi di ladang gandum dan barli masih kekal sebagai antara misteri paling membingungkan lantaran ia bercorak geometri atau abstrak yang setiap sudutnya mempunyai kiraan sama.

Kejadian paling awal direkodkan pada abad ke-17 dengan imej potongan kayu menggambarkan syaitan membuat putaran di padang dengan sabit panjang. Risalah yang disebarkan seiring gambaran itu menjelaskan seorang peladang marah dengan harga yang diminta oleh seorang tukang mesin rumput dan berkata dia rela ‘menjadikan dirinya syaitan’ dan melakukan sendiri tugas itu.


Laporan menyatakan pada malamnya kawasan itu bercahaya seolah-olah terbakar dan keesokan paginya, crop circle terbentuk, dikatakan hasil kerja syaitan.


Seiring masa, orang ramai mula mendakwa melihat cahaya di langit yang tidak boleh dijelaskan dan akhirnya syaitan tidak lagi didakwa menjadi dalang dengan kehadiran crop circle, sebaliknya makhluk asing dan kapal angkasa mereka dipersalahkan. Sehingga hari ini, crop circle sering dikaitkan dengan kehadiran objek terbang tidak dikenali atau UFO.


Di kalangan mereka yang mempercayai piring terbang menghasilkan crop circle juga yakin bentuk di ladang itu sebenarnya mesej daripada bentuk kehidupan yang lebih bijak - mungkin memberi amaran mengenai alam sekitar dan nasib bumi.


Pada 1970-an, banyak kejadian lingkaran aneh itu berlaku di kawasan pedalaman Inggeris dan menjelang 1980-an fenomena itu diberi publisiti meluas dan crop circle mula berlaku di seluruh dunia.


Pada awal kejadian, lingkaran aneh itu berbentuk ringkas tetapi reka bentuknya semakin rumit dan bersimetrik, malah sebahagiannya mempunyai kesan tiga dimensi jika diteliti dari udara.


Misteri kehadiran crop circle seakan-akan dapat dibongkar apabila pada 1991, dua lelaki mengumumkan mereka sebenarnya dalang menghasilkan lingkaran aneh berkenaan dan berkata idea itu timbul ketika mereka berada dalam sebuah bar pada 1976.


Doug Bower dan Dave Chorley menunjukkan bagaimana mereka menggunakan cuma papan, tali, topi dan wayar untuk menghasilkan crop circle. Sementara itu, pengasas Circlemakers.org, John Lundberg dan kumpulannya, pada 1995 membuktikan crop circle ‘yang tulen’ sebenarnya boleh dipalsukan.


Seorang lagi pereka crop circle, Matt Ridley, menulis teknik mudah yang digunakan untuk menghasilkan crop circle dengan memperdayakan ramai orang termasuk pakar. Panduan bagaimana untuk mewujudkan lingkaran aneh itu boleh didapati dengan mudah secara online dan pertandingan menghasilkan crop circle kerap diadakan di United Kingdom.


Di sebalik bukti dan pengakuan pereka crop circle, masih ramai percaya ia adalah fenomena yang tidak dapat dijelaskan. Hujahnya ialah reka bentuknya terlalu rumit dan pelaksanaannya terlalu sempurna untuk dilakukan manusia.


Bagi mencari kebenaran, Discovery Channel memilih pakar aeronautik dan penuntut aeronautik daripada Institut Teknologi Massachusetts pada 2002 dan meminta mereka menghasilkan crop circle. Penyelidik lingkaran aneh itu, Nancy Talbott, mengadakan rundingan dengan pasukan itu dan memberitahu ada tiga petunjuk utama yang membezakan crop circle ‘sebenar’ dengan yang dihasilkan manusia atau palsu.


Menurut Talbott, crop circle sebenar memaparkan ruas tunjang tumbuhan apical yang dipanjangkan, letusan kaviti dalam tunjang tumbuhan dan kehadiran 10 hingga 50 mikrometer garis pusat besi bermagnet dalam tanah. Pasukan berkenaan gagal menghasilkan crop circle yang memenuhi tiga syarat utama itu.


Sehingga kini banyak kejadian crop circle yang dilaporkan di seluruh Eropah. Salah satu paling menarik perhatian ialah bentuk obor-obor sepanjang 182.88 meter yang merentangi ladang barli di Oxfordshire. Ia adalah antara yang terbesar dan reka bentuk crop circle paling luar biasa sehingga kini.


Selepas usaha menghasilkan crop circle tiruan gagal, mungkin ada benarnya pendirian sebahagian orang yang berasa ia mesej dari galaksi lain, amaran supaya melindungi planet ini atau mungkinkah ia sekadar peringatan daripada penduduk lain di bumi? Apa pun hujahnya, satu perkara yang pasti ialah misteri crop circle akan terus menghantui penghuni bumi untuk jangka waktu yang belum tentu ada kesudahannya.

 
 sumber: Berita Harian Online


Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang seringkali dijumpai sehingga kini. Kemunculannya pertamakali ditemui di Inggris pada tahun 1647 iaitu kira-kira 350 tahun dahulu. Sehingga kini belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara mereka terbentuk. Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran atau geometri (dan kebayakan berukuran besar/luas ), bahkan ada juga yang biasa ditemui berbentuk mahkluk hidup seperti kala jengking,bunga matahari, lebah,dan lain-lain yang ditemui di ladang pertanian khususunya gandum. Fenomena Crop Circle banyak ditemui di Inggris, Canada, Amerika, Australia dan Jepun. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas ketika ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman. Akan tetapi, crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan pelbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. 

Banyak yang mengkaitkan crop circle ini dengan kegiatan spiritual karena rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu (gambar-gambar itu terbentuk dengan tanaman yang rebah / roboh). Menurut maklumat yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering dikaitkan juga dengan kemunculan UFO yang berbentuk bola cahaya. Sebuah video yang berjaya dirakam (di oliver’s castle tahun 1996, lihat gambar atas) menunjukkan bahawa sebuah crop circle terbentuk dalam waktu hanya sekitar 20 saat saja. Padahal saiznya mencapai puluhan meter. Sebuah ukiran pahatan kayu dari abad 17 yang dinamakan “Mowing Devil” menunjukkan ada makhluk yang dipercayai adalah syaitan telah membuat kerosakan berupa lingkaran di ladang pertanian.

Kemunculannya di Rusia beberapa tahun yang lalu sangat menakjubkan dimana ia muncul silih berganti .Masyarakat sekitar yang melihatnya tidak memahami bagaimana cara mereka boleh terbentuk secepat itu. Dalam semalaman saja,sekitar 6-7 crop circle dengan ukuran yang besar telah terbentuk dihamparan ladang gandum mereka.Yang membuat mereka semakin kagum adalah bentuk dari crop circle itu sendiri yang pelbagai-bagai, ada yang membentuk citra bunga matahari yang sangat cantik. Sehingga kini, banyak spekulasi dan pandangan mengenai peroses terbentuknya Crop Circle.Ada yang beranggapan fenomena tersebut memang dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan dari proses bencana alam. (Avebury Trusloe, nr Beckhampton, Wiltshire).Sehingga kini belum ada kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut, ketika ini terdapat 5 versi utama. Berikut penjelasannya…
  
Perbuatan manusia
Sebenarnya sukar untuk mempercayai bahawa ia berpunca dari perbuatan manusia. Ramai yang beranggapan bahwa apa yang disebut lingkaran ladang gandum itu tidak lebih dari perbuatan orang gila. Menurut ilmuwan Anderro dari Inggris yang telah menyelidiki dan  meneliti fenomena tersebut selama 17 tahun, sekitar 80% lingkaran ladang gandum itu merupakan buatan manusia. Seorang warga Inggris pernah menuturkan kepada media massa, bahwa dia dan beberapa temannya adalah pembuat lingkaran ladang gandum di London, Inggris. Sebelum ini mereka telah mempersiapkan design gambar, ketika gandum di ladang hampir matang, dengan sebuah paku panjang dipantakkan di ladang gandum, dan paku itu dijadikan sebagai pusatnya. Seterusnya mereka melingkari permukaan tanah dengan tali, lalu muncullah sebuah lingkaran ladang gandum. Masalahnya, apakah mungkin dia dapat membuat lingkaran tersebut dalam satu malam tanpa alat bantu yang bersesuaian? 

Medan magnet
Meskipun Anderro berkeras mengatakan bahwa 80% lingkaran ladang gandum itu adalah buatan manusia, namun, dia juga yakin, bahawa 20% sisanya adalah terbentuk daripada medan magnet bumi. Dalam medan magnet terdapat suatu daya gerak yang ghaib yang dapat menghasilkan suatu arus listrik sehingga tanaman “berbaring datar” di atas permukaan tanah. Ahli terkait asal AS yakni Jeffery Walson telah meneliti 130 lebih lingkaran ladang gandum, dan didapati bahwa 90 % disekitar lingkaran aneh tersebut terdapat transformator yang berhubungan dengan kabel tegangan tinggi. Di bawah garis sepanjang 270 meter tersebut terdapat sebuah kolam dan oleh kerana is diairi, maka ion yang dikeluarkan tanah dari bahagian dasar ladang gandum dapat menghasilkan elektrik negatif, sedangkan transformator yang dihubungkan dengan kabel tegangan tinggi menghasilkan elekrik positif. Setelah elektrik negatif dan positif bersentuhan, ia dapat menghasilkan tenaga magnet listrik, seterusnya merobohkan gandum lalu membentuk lingkaran aneh. Namun demikian mereka belum dapat memberikan seluruh jawapan dari pertanyaan bagaimana bentuk-bentuk aneh itu terbentuk? Apakah mungkin tenaga dapat membentuk bunga atau kelajengking?

Angin Tornado
Menurut fisikawan dari Universiti Michigan, AS iaitu Dr.Delon Smith, perubahan musim panas tidak menentu, angin tornado adalah penyebab utama yang menyebabkan lingkaran aneh itu. Dia mendapati, sejumlah besar lingkaran aneh di ladang gandum yang muncul di sisi gunung atau daerah yang berjarak 60-70 km dari gunung, dimana tempat seperti ini  mudah sekali membentuk angin tornado. Tapi apakah angin tornado dapat membuat lingkaran tersebut? 
  
Buatan makhluk luar angkasa Atau yang paling dikenal Aliens..
Banyak yang meyakini bahawa sebahagian besar lingkaran aneh di ladang gandum terbentuk dalam waktu satu malam, besar kemungkinan adalah hasil buatan makhluk luar angkasa. Sejak 1990, jurugambar Alexander mengatakan, dia melihat cahaya yang ganjil di ladang gandum, cahaya itu terbang kesana-kemari di antara kedua lingkaran aneh. Kemunculan makhluk asing di San Franscisco AS barangkali memperkuat dakwaan ini.
  
Heterodoxy (pandangan sumbang)
Sejumlah orang percaya, bahwa di balik lingkaran ladang gandum terdapat berbagai macam kekuatan ghaib seperti segitiga bermuda. Menurut dugaan ini, ada yang  menyebut lingkaran aneh itu sebagai “pemberitahuan bencana”,  supaya menyebarkan pandangan sumbang yang menyimpang dari ajaran ortodoks. Mungkin kita hanya dapat menunggu ilmuwan untuk menyingkapnya lebih lanjut.


Sunday, 27 February 2011

Tekanan mental

Pengenalan

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. 
Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial. 
Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.    

Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.  



Gejala tekanan

Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah: 

Perasaan
  • Merasa bimbang
  • Merasa cepat marah
  • Merasa lemah semangat
  • Merasa tidak tenteram dan
  • gelisah
Fikiran
  • Bimbang terhadap masa depan
  • Kurang daya tumpuan
  • Menjadi mudah lupa
  • Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
  • Takut gagal
  • Rendah harga diri
Tingkah laku
  • Tabiat merokok yang meningkat
  • Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan
  • Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
  • Mudah terkejut
  • Bertindak secara impulsif dan agresif   
Perubahan fizikal
  • Berpeluh pada tangan dan badan
  • Sering rasa dada berdebar
  • Menggeletar,kering mulut dan kerongkong
  • Mudah merasa letih
  • Kerap kecing
  • Sukar untuk tidur
  • Masalah menghadzaman seperti, loya, muntah, cirit-birit, sembelit
  • Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit  
Punca tekanan 

Perubahan-perubahan besar dalam    kehidupan seseorang adalah punca  tekanan mental yang paling biasa Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.  
  
Cara mengurangkan tekanan

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental anda: 
  • Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
  • Bersenam atau riadzah secara kerap
  • Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
  • Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
  • Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
  • Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
  • Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
  • Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.

Resdung

Apa itu resdung?

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. 

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.
Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Gejala-gejala resdung
  • Hidung tersumbat
  • Hidung dan tekak mengeluarkan lendir
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulangMengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainya
jika anda memberikan jawapan ya, anda berkebarangkalian mempunyai penyakit resdung.Untuk pengetahuan anda, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Pembedahan terpaksa dilakukan, jika penyakit resdung dalam keadaan kronik. 

Risiko pesakit resdung

Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.

Individu berisiko mendapat resdung:
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.
Komplikasi

Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna

a) Kanak-kanak
  • Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
  • Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.
  • Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.

b) Dewasa
  • Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
  • Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
  • Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.




Saturday, 26 February 2011

Memiliki kuku yang sihat dan cantik

Bagi sebahagian wanita, merawat kuku merupakan salah satu kewajiban untuk menjaga penampilan mereka. Akan tetapi tidak sedikit wanita juga yang mengabaikan penampilan kuku mereka, lantaran malas atau tidak terlalu penting.

Pada dasarnya tidak harus sering-sering melakukan manicure untuk mempercantik kuku, atau memoleskan cat kuku agar jari jemari Anda terlihat semakin cantik dan mempersona.

Yang terpenting adalah bagaimana menjaga kebersihan kuku, supaya meskipun Anda tidak terlalu memfokuskan penampilan kuku, tapi kebersihan bias tetap terjaga.

Dan yang perlu diingat adalah kuku juga merupakan salah satu "gerbang" masuk dan bersarangnya kuman. Nah, untuk itu, rajin-rajinlah menjaga kebersihan jemari, terutama kuku, supaya tetap cantik dan selalu bersih. berikut tipsnya.
  • Gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan Anda. Haluskan tepi kuku dengan menggunakan penghalus atau kikiran kuku.
  • Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan. Pastikan setiap bagian dalam kuku luar terkena sabun, untuk menghingkan debu dan kuman yang menempel. Kemudian bilas hingga bersih.
  • Gunakan hand cream untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan.
  • Kalau Anda ingin mendapati penampilan kuku yang alami, memulas kuku ala French manicure juga bisa Anda lakukan untuk mendapatkan kuku yang cantik natural.
  • Khusus bagi Anda yang ‘gemar’ menggigiti kuku sendiri, sebaiknya hentikan segera. Karena selain bisa mempermudah masuknya kuman kedalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan merusak penampilan kuku Anda. (Dee)

Tips menjaga kesihatan jantung


JANTUNG merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita.
Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa.
Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali
perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada,
untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.
Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita
cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama
kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun sepertiMalaysia.
Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu
menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan
baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak. Terdapat banyak cara dan petua diberikan
berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.
Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah
yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung – Antara Hidup dan Mati
(1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan
panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti
merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya
hidup.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti aras lemak yang tinggi, darah
tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah
dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan selain mungkin
diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan
tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada
bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan
jantung.

Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang
kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak.
Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur,
mentega, hati, otak dan sebagainya.
Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya,
digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah
lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain
buah-buahan adalah baik untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru,
amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil
alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut
mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.


Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok.
Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan
menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit
jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh
basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan
jantung.
Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali
aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan.
Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.


Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering
dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan,
aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh
menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
sumber: utusan