Saturday 19 March 2011

Hidupan melata di bintang

Al-Quran yang diturunkan lebih kurang 1400 tahun yang lalu mengandungi banyak pertanyaan berkaitan dengan alam. Ahli sains yang membuat kajian tentang alam dan kemudian melihat ayat al-quran, sama ada secara sengaja atau secara kebetulan akan mendapati bahawa yang mereka kaji itu ada dinyatakan dalam al-quran dan seterusnya mengakui bahawa al-quran adalah benar. Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran al-quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran a-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasalh daripada Nabi Muhammad SAW dan beliau mengakui kebenaran a-quran. 

Bentuk alam semesta

"Dan langit penuh dengan jalan-jalan bintang."-Surah al-Dhariyat 7



Dalam sesetengah terjermahan a-quran, perkataan hubuk tidak diterjermahkan, bahkan ditinggalkan dengan perkataan asal dan kemudian ditafsirkan sebagai langit yang cantik dan indah dan sebagainya, seperti yang terdapat dalam tafsir Ibn Khatir. Namun perkataan hubuk yang berasal daripada perkataan a-habikah seperti yang terdapat dalam Kamus Besar Arab Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan bahawa hubuk, iaitu jamak pada perkataan al-habikah juga bermaksud sulaman, selain 'jalan-jalan bintang."

Struktur Skala Besar Alam Semesta
Kajian oleh ahli kosmologi mendapati bahawa struktur skala besar alam semesta adalah seperti tenunan yang ditenun rapi. kajian yang telah dilakukan oleh ahli kosmologi dan dilaporkan dalam jurnal tentang struktur alam ini menyatakan bahawa struktur skala besar alam semesta mengandungi kawasan lohong atau lompong dengan rantaian atau untaian filamen yang menghubungkan antara apa yang dinamakan sebagai gugusan maha besar, gugusan, kumpulan galaksi dan yang paling kecil galaksi. Galaksi dibina oleh bintang. satu gugusan mengandungi 50-1000 galaksi yang boleh mencapai garisan rentas 32 tahun cahaya. Gugusan ini bergerak dengan halaju yang amat tinggi, dan tidak mungkin bagi daya tarikan graviti semata-mata mampu mengekalkan gugusan ini. oleh hal yang demikian, ahli kosmologi menyatakan bahawa kemungkinan wujud jirim gelap yang membantu gugusan ini daripada terburai dan bercerai-berai.

Persamaan dengan sulaman
Sekiranya kita meneliti sulaman yang dibuat oleh manusia, kita akan mendapati bahawa sulaman tersebut mengandungi simpulan besar dan simpulan kecil. Menurut ahli kosmologi, alam semesta ini juga kelihatan seperti sulaman tersebut.

Daya tarikan dalam alam semesta
Planet yang berada di sekeliling bintang, berada dalam keadaan seimbang dan harmoni dan tidak berterbangan atau berguguran disebabkan wujudnya daya tarikan antara satu sama lain. Ahli fizik menamakan daya tarikan ini sebagai daya tarikan graviti. daya tarikan inilah yang dinyatakan oleh sains sebagai faktor yang mengharmonikan alam semesta ini. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak daripada peraturan dan keadaan yang dirtetapka baginya; dan jika kedua-duanya 9ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah SWT. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.-Surah Fatir 41

Dalam ayat ini, perkataan yumsikuu diterjermahkan kepada menahan dan memelihara. Perkataan ini juga dimaksudkan sebagai memegang. Dalam ayat yang sama, fungsi memegang ini diperjelas dengan perkataan tazoolaa dan zaalataa yang berasal daripada kata dasar yang sama, iaitu zawala. Perkataan zawala bermaksud berganjak atau beralih tempat. Ahli kosmologi menjelaskan bahawa daya tarikan graviti umpamanya anatara planet dengan matahari, bumi dengan bulan, bumi dengan planet lain, planet dengan planet menyebabkan planet tersebut terus-menerus bergerak dalam orbitnya.

Benda hidup wujud di bintang
ahli sains terus-menerus membuat kajian untuk mencari benda hidup di bulan atau planet sistem solar dan juga di planet lain. untuk mengetahui sama ada terdapat kehidupan di bulan atau di planet, ahli sains terpaksa terlebih dahulu mengenal pasti kewujudan air di lokasi tersebut. Mereka mempunyai kelengkapan canggih untuk menentukan sama ada air wujud atau tidak. sekiranya wujud air, maka kemungkinan besar wujud kehidupan di situ. al-quran dengan jelas menyatakan bahawa organisma hidup berasal daripada air, terjermahannya:

"tidakkah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi pada suatu masa yang lalu adalah suatu yang padu dan kemudian kami pisahkan keduanya dan kemudian kami pisahkan keduanya dan kami jadikan setiap benda hidup daripada air?"-Surah al-anbiya 30

Pencarian kehidupan oleh ahli sains telah dilakukan semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Al-Quran menyebut tentang kehidupan di bintang, yang bermaksud:

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian lengit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada kedua-duanya daripada makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya)."- Surah al-Syura 29

Dalam ayat ini, perkataan daabaah diterjemahkan kepada makhluk yang melata. Antara daabaah seperti yang disebut dalam kamus ialah haiwan seperti kuda, lembu, kambing dan sebagainya. Oleh sebab is makhluk yang melata, maka ia perlukan satu permukaan. Maksudnya, di langit dan di bumi terdapat makhluk yang melata. Dalam kamus Hans Wehr, Arabic-English Dictionary, perkataan daabaah dimaksudkan sebagai haiwan. Al-Quran mengatakan bahawa mungkin terdapat haiwan pada planet yang ada di sekeliling matahari, bulan yang ada di sekeliling planet atau di planet yang terdapat dalam galaksi bimasakti yang jumlahnya sekitar 400 bilion. sekiranya wujud haiwan, pasti wujud segala keperluan haiwan seperti tumbuh-tumbuhan, air, oksigen, karbon dioksida, protein dan sebagainya seperti yang wujud di bumi. Cuma tiada manusia kerana manusia bukan tergolong dalam kalangan daabaah.


Sumber: Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


3 comments: