Monday, 7 March 2011

Teori evolusi yang karut

Saya tertarik hati dengan sebuah buku bertajuk keajaiban ciptaan Allah hasil penulisan Harun Yahya. Banyak perkara yang diketengahkan di dalam buku ini tentang keajaiban alam dan salah satu perkara yang menarik perhatian saya ialah berkenaan teori evolusi. Evolusi?.. Apa itu evolusi? menurut buku ini, teori evolusi merupakan mereka yang tidak mempercayai Allah mempunyai pandangan lain dan mereka yang mempercayai teori ini digelar penyokong evolusi. Tidak lain tidak bukan individu yang memperkenalkan teori ini ialah Charles Darwin. Darwin telah hidup 150 tahun dahulu dan dia tidak mempercayai Allah yang telah menjadikan semua hidupan. Menurut beliau, segalanya berlaku dengan sendirinya dan secara kebetulan. Logikkah???.. Beliau beranggapan hidupan telah berubah bentuk kepada hidupan lain dan dengan cara inilah semua hidupan terbentuk. 

Charles Darwin

Para penyokong evolusi mempercayai bahawa atom-atom (bahan kecil yang membentuk benda hidup dan benda mati) telah bercantum secara kebetulan. menurut cerita Darwin, atom-atom ini telah bercantum untuk membentuk sel. Setiap hidupan terdiri daripada sel. Sel-sel bersatu untuk membentuk mata, telinga, darah dan kesimpulannya, seluruh tubuh kita dan sel-sel ini sangat kompleks. Jadi mustahil sesuatu yang begitu kompleks terbentuk daripada atom-atom yang bercantum secara tidak sengaja.

Di dalam sebuah sel, ada pengilang, pengangkut bahan-bahan, pintu masuk dan keluar, pusat penghasilan, pembawa pesanan, pusat kawalan tenaga dan lain-lain. Apakah mungkin sebuah kilang terbentuk dengan sendirinya?. Sudah tentu tidak tetapi para penyokong evolusi percaya sel-sel ini terbentuk secara kebetulan. Dakwaan para penyokong evolusi juga mendakwa manusia berkembang daripada beruk dan beruk adalah moyang manusia. Sebenarnya, tujuan mereka mengemukakan teori ini adalah untuk menjadikan manusia lupa bahawa Allah yang telah menjadikan mereka. Jika manusia percaya bahawa mereka terbentuk secara kebetulan dan moyang mereka adalah beruk, mereka tidak akan merasa tanggungjawab terhadap Allah. Sebenarnya, Allah menjadikan manusia. berbanding dengan hidupan lain, manusia merupakan satu-satunya makhluk yang dapat bercakap, berfikir, gembira, membuat pilihan dan Allahlah yang telah memberikan sifat-sifat ini kepada manusia.


Muslihat evolusi

Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil spesies beruk yang telah pupus seolah-olah mereka adalah kepunyaan makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Tidak ada satupun makhluk separuh manusia dan separuh beruk pernah wujud. Para penyokong evolusi mengemukakan fosil-fosil manusia kepunyaan bangsa-bangsa berbeza seolah-olah ia adalah fosil-fosil kepunyaan makhluk separuh manusia separuh beruk. terdapat manusia yang berasal daripada kumpulan-kumpulan etnik ini seperti bangsa Afrika, cina, orang Indian Amerika, Turki, dan banyak lagi. Sudah tentu manusia yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza kadang kala mempunyai ciri-ciri berbeza. Para penyokong evolusi menggunakan perbezaan di antara bangsa-bangsa ini dan kita sebagai cara untuk menipu masyarakat. Misalnya mereka menyatakan, apabila mereka menemui fosil sebiji tengkorak Neanderthal, "ini adalah tengkorak moyang manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu." kadang kala fosil tengkorak yang ditemui lebih kecil berbanding dengan saiz tengkorak manusia pada hari ini. Berpegang kepada tengkorak ini, para penyokong evolusi berkata "pemilik tengkorak ini berada pada tahap perubahan daripada seekor beruk kepada seorang manusia." Sebenarnya, hari ini pun terdapat manusia daripada kumpulan etnik berbeza mempunyai tengkorak lebih kecil berbanding tengkorak yang maju. contohnya ujuran tengkorak bangsa Aborigin (orang asli Australia) adalah sangat kecil, tetapi ini tidak bererti mereka makhluk separuh manusia dan separuh beruk. Mereka adalah manusia biasa sama seperti manusia lain. 

Bukti manusia tidak berasal daripada beruk
 
Para pakar sains telah menemui osil-fosil manusia yang hidup dahulu kala, fosil-fosil ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan dibandingkan dengan manusia hari ini, Tambahan pula, era ketika manusia ini hidup adalah era yang para penyokong evolusi dakwa manusia belum wujud. mereka mendakwa, pada zaman dahulu, hanya beruk wujud. 
contohnya di dalam cari gali yang dilakukan di Sepanyol, fosil-fosil seorang kanak-kanak yang telah hidup 800 ribu tahun telah ditemui. wajah kanak-kanak ini mirip kanak-kanak hari ini. tetapi menurut para penyokong evolusi, manusia tidak wujud 800 tahun dahulu. jelaslah bahwa manusia telah wujud sebagai manusia sebagaimana ia mula-mula dijadikan. tidak pernah wujud makhluk separuh manusia separuh beruk.
salah satu fosil tertua pernah ditemui ialah Turkana Boy, yang berusia kira-kira 1.6 juta tahun. Apabila fosil tersebut dikaji dengan teliti, telah dikenalpasti ia kepunyaan seorang manusia berumur 12 tahun. dan dia boleh mencapai ketinggian 1.8m jika dia mencapai usia dewasa. Fosil ini yang mirip tengkorak manusia, sudah mencukupi untuk memusnahkan kepercayaan manusia berasal daripada beruk. 

Turkana Boy

Pembohongan para penyokong evolusi terbesar

penipuan Piltdown Man
pada tahun 1912, para pakar sains evolusi telah menemui satu fosil satu tulang rahang dan tengkorak. Tulang rahang tersebut kelihatan seperti kepunyaan beruk dan tengkorak itu pula kelihatan seperti tengkorak manusia. Menurut para penyokong evolusi, makhluk ini separuh beruk dan separuh manusia. Serpihan-serpihan ini dianggarkan berusia 500 tahun dan ia dianggap sebagai bukti manusia berkembang daripada beruk. 

Piltdown Man Palsu
 
Tulang-tulang ini telah dipamerkan sebagai bukti evolusi selama hampir 40 tahun, di beberapa buah muzium di seluruh dunia. Bagaimanapun, pada 1949, beberapa ujikaji telah dijalankan ke atas tulang-tulang ini dan satu keputusan memeranjatkan telah dihasilkan: tulang rahang tersebut tidak berusia 500 tahun tetapi berusia 2 atau 3 tahun sahaja. Tulang tengkorak tersebut adalah fosil seorang manusia biasa dan ia berusia beberapa tahun sahaja. kebenarannya telah diketahui kemudiannya: seseorang telah memasukkan tulang rahang beruk kepada sebiji tengkorak manusia purba, dan menyalutinya dengan bahan kimia supaya ia kelihatan usang. Apabila evolusionis tidak dapat menemui satu fosil separuh manusia separuh beruk, mereka cuba merekakan satu yang palsu. paristiwa ini dirakam di dalam sejarah sebagai penipuan terbesar dilakukan oleh para pakar sains.

Penipuan Nebraska Man
pada 1922, fosil sebatang gigi geraham telah ditemui. Para penyokong evolusi mendakwa gigi ini mempunyai ciri-ciri manusia dan beruk. Pada tahun 1927, telah terjadi penemuan menakjubkan. Semua serpihan tengkorak makhluk tersebut telah ditemui. Gigi tersebut bukan kepunyaan manusia atau beru tetapi ia kepunyaan seekor babi. kejadian ini merupakan malapetaka kepada penyokong evolusi.

Teori evolusi mendakwa berjuta-juta tahun dahulu, beruk yang berjalan empat kaki telah berubah cara berjalan mereka kepada berjalan bongkok. Beruk-beruk ini terus berjalan bongkok sehingga mereka dapat berjalan tegak. Hasilnya, manusia telah terbentuk. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh teori evolusi ini tidak berasaskan kepada sebarang bukti sains tetapi hanya kepada imaginasi semata-mata. 

Manusia mempunyai kesedaran, mereka berfikir, bercakap dan meluahkan pandangan mereka kepada orang lain di dalam ayat-ayat yang rasional. Allah hanya menjadikan manusia dengan kebolehan-kebolehan ini dan dia tidak memberikan haiwan-haiwan lain keistimewaan ini dan. Manusia adalah manusia dari mula lagi dan Allah adalah pencipta kepada manusia dan semua hidupan.

Sumber: Keajaiban ciptaan Allah, karangan Harun Yahya.





4 comments:

  1. thanx mila, sharing is loving....

    ReplyDelete
  2. ouch.. bestnya buku nie.. bagi isbn die.. nak carik ar kat public library johor :)

    ReplyDelete
  3. isbn 9839384511 :) buku ni mmg best.. karangan harun yahya.. buku bergambar..

    ReplyDelete