Sunday 6 March 2011

Mengenali aura

Setiap manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup mempunyai "Aura". Apa itu aura?. aura merupakan gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran. Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang. bentuk aura seperti sebuah telur raksasa dan merupakan sebuah medan tenaga yang hidup. namun begitu, setiap sel adalah berbeza dari segi frekuensi dan tenaga untuk membentuk organ-organ dan fungsi-fungsi yang berlainan. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya.namun begitu, kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh. Gerakan cahaya aura tidak tetap dan boleh berubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakstabilan cahaya dalaman diri dan boleh mengubah keadaan aura.



Gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang dapat menghasilkan imej aura yang bermutu tinggi. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya. 

Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang

Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.

Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.

Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang tepat.
  
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya. 

Warna-warna aura dan ciri-cirinya

Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas kepala berlatarkan gelap.

Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan pink.

Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi hancur dengan pujian.

Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.

Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.

Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta geram.

Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau penyakit pada hati.

Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.

Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout, darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.
 
Tahukah anda, aura sebenarnya mampu dilihat dengan mata kasar kerana saya sendiri pernah mencubanya dan ternyata aura memang boleh dilihat dan dirasa melalui kaedah-kaedah tertentu. 

Merasa aura yang keluar melalui tapak tangan
Saya pernah mempelajari kaedah ini ketika menghadiri sebuah seminar mengenai aura. Caranya sangat mudah. cuba anda menggosok kedua telapak tangan selaju yang mungkin kemudian lepaskan perlahan-lahan. Anda dapat merasakan telapak tangan anda semakin menjauh di antara satu sama lain dan anda juga dapat merasakan satu gelombang seperti belon berada di telapak tangan. Gelombang yang terhasil itulah yang dinamakan aura. 

Melihat aura diri sendiri dan orang lain
Kita boleh melihat warna aura orang lain dan diri sendiri tanpa perlu menggunakan teknik-teknik moden seperti kamera aura kerana kita sebenarnya mampu melihatnya dengan mata kasar. Sebelum melihat aura orang lain, kita boleh mencubanya dengan melihat aura sendiri terlebih dahulu. caranya, anda perlu berdiri di hadapan latar belakang berwarna putih dan perhatikan diri anda melalui cermin. Fokuskan mata anda berhampiran kepala dan bahu (jangan memandang terus kepada kepala dan bahu) dan tidak berapa lama selepas itu anda akan melihat satu gelombang seperti wap udara panas di sekeliling bahu dan kepala anda. Gelombang tersebut pada mulanya hanya berwarna putih. Cuba teliti dengan lebih lama dan lama-kelamaan warna putih tersebut akan bertukar warna. Warna yang muncul itulah warna aura anda. Namun perlu diingat, warna tersebut boleh berubah mengikut keadaan. Memang menyeronokkan apabila anda mempelajarinya dan anda boleh mencuri melihat warna aura rakan-rakan anda tanpa mereka sedari. Ada yang berwarna biru, ungu, kuning dan ada juga berwarna merah. Paling menyeronokkan apabila rakan-rakan anda juga melihat warna yang sama seperti yang anda lihat. Cubalah.., apabila anda biasa melakukannya anda mampu melihat aura dengan lebih mudah walaupun tanpa bantuan latar belakang putih. Mungkin ada lagi cara yang lebih berkesan dan sistematik tetapi saya hanya ingin berkongsi apa yang telah dipelajari. Mudah dan memang betul-betul menjadi.. Selamat mencuba...


Sumber:

4 comments:

  1. good info.. pernah gak belajar pasal cakra... tapi tak amalkan.. ngee

    ReplyDelete
  2. hehe.. cuba praktikkan tentu best.. boleh curi2 tgk aura kwn2

    ReplyDelete
  3. bunga pernah gak baca dulu..

    ReplyDelete