Tuesday 15 March 2011

Ngerinya kiamat

Teori kerkahan besar dan hari kiamat

Al-Quran telah membicarakan hari kiamat dengan gambaran yang amat mengerikan. Allah berfirman:

"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandunginya, dan manusia bertanya: Mengapa bumi jadi begini?"-surah az-Zalzalah: 1-3

Allah berfirman lagi tentang hari kiamat: "Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.-Surah al-Qaariah: 4-5

Pada hari kiamat, semua manusia yang telah mati akan dibangkitkan kembali dalam bermacam-macam keadaan seperti digambarkan dalam Al-Quran: "Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. "-Surah az-Zalzalah:6


Pada hari ini, hari kiamat bukanlah sekadar teori yang digambarkan oleh sebahagian saintis tetapi mereka meyakininya. Hari kiamat bermaksud berakhirnya alam semesta yang amat luas ini. Ahli fizik dan kosmologi menyatakan bahawa keadaan berakhirnya alam semesta ini sebagai teori kerkahan besar (The Big Crunch). Ahli fizik telah lama menyedari bahawa alam semesta ini sentiasa berkembang seperi sebiji belon yang ditiupkan oleh seseorang. mereka mendapati bahawa galaksi yang jauh saling bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kadarnya yang semakin pantas. Pada tahun 1998, ahli astronomi telah mengkaji supernova yang jauh dan mendapati alam semesta semakin bergerak pantas mengembang. Mereka menyatakan bahawa terdapat sesuatu dipanggil "tenaga hitam" yang menyebabkan proses penolakan alam semesta. Sekaligus proses ini menyebabkan proses penolakan alam semesta. Sekali gus proses ini menyebabkan alam semesta mengembang dengan kadar yang semakin pantas. dalam teori tenaga hitam, proses pengembangan alam semesta dikatakan didoraong oleh suatu medan yang disebut "medan skalar". Bahkan sejurus sahaja letupan besar berlaku, medan inilah yang dikatakan menjadi faktor utama yang mendorong pengembangan alam semesta. keadaan sejurus berlakunya "letupan besar" dinamakan sebagai infiniti. teori ini telah dibangunkan oleh seorang pengkaji fizik yang bernama Andrei Linde dari Universiti Stanford. Menurut sesetengan saintis, kadar pengembangan alam semesta menjadi semakin perlahan sehingga mencapai suatu tahap yang dinamakan sifar. Walaupun begitu, mereka mempercayai bahawa alam semesta tetap mengalami proses pengembangan selepas keadaan sifar. Namun, teori ini mempunyai kelemahannya.

Menurut Andrei Linde, proses pengembangan alam semesta bukan sahaja akan berhenti sehingga mencapai tahap sifar, tetapi akan mewujudkan situasi yang dipanggil infniti manusia berdasarkan teori fizik kuantum. Keadaan infiniti minus akan menyebabkan pengembangan alam semesta menjadi sebaliknya, iaitu pengecutan dan menyebabkan fenomena ruang dan masa mengalami keruntuhan yang total. berdasarkan kajian sains, alam semesta pada ketika ini berumur dalam lingkungan 14bilion tahun dan kemungkinan fenomena ini akan berlaku dalam 10-20 bilion tahun lagi. hal ini bermaksud bahawa manusia pada hari ini berada di tengah-tengah zaman kehancuran semesta. sesetengah teori kosmologi menyatakan bahawa apabila berlakunya keadaan infiniti minus, maka fenomena masa dan graviti akan berlaku secara berlawanan. Hal ini bermaksud masa akan kembali ke belakang dan graviti akan mempunyai daya yang bertentangan. Ahli fizik seperti Michael Berry, Thomas Gold, dan Stephen Hawking adalah penyokong kepada teori ini. Allah berfirman:

"Pada hari kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya."-Surah Al-Anbiyaa:104

Proses pengembalian masa ke belakang ini seumpama sebuah pita rekod yang merakamkan segala sejarah dan peradaban manusia. Allah berfirman:

"Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan."-Surah al-Jaatsiyah:28

Daya graviti yang bertentangan semasa berlakunya proses pengecutan alam semesta akan menyebabkan kesemua objek berjisim akan ditarik ke atas. keadaan ini akan menyebabkan gempa bumi yang sangat hebat dan gunung-ganang akan mengalami proses penarikan ke atas. Al-Quran menyatakan: "Maka apabila sangkakala ditiup dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur."-Surah al-Haaqqah: 13-14

Proses keterbalikan graviti akan menyebabkan bumi memuntahkan segala isisnya. kesemua kandungan seperti larva yang panas di lapisan bawah bumi akan ditarik ke atas oleh kuasa graviti. Al-Quran berbicara :

"Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang berterbangan."-Surah Al-Maarij:8-9

Hari kiamat mampu dijelaskan melalui kaedah sains dan pada hari ini semakin ramai pengkaji yang meyakininya. Al-Quran menjelaskan bahawa tiada sesiappun yang mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat. Namun, kejadiannya dapat dijelaskan dalam teori kerkahan besar.
 
-oleh Sofian Alias

Kiamat menurut dalil

terdapat tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat sama da tanda-tanda kecil atau tanda-tanda besar seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Antara tanda besar yang akan berlaku termasuklah matahari terbit ari barat boleh dimaksudkan dari sudut kiasan. Matahari melambangkan cahaya islam. Dalam keadaan masyarakat manusia, khususnya masyarakat islam pada masa ini berada dalam keadaan gawat, ramai orang barat yang memeluk agama islam. fenomena ini kini benar-benar berlaku dan menurut laporan akhbar di Eropah dan Amerika, agama islam merupakan agama yang paling cepat berkembang di Eropah melui proses pertukaran agama. Walaupun Nabi Muhammad SAW menjelakan dalam hadisnya tentang tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar, baginda tidak pernah menyatakan bila kiamat akan berlaku. antara tanda besar kiamat akan berlaku termasuklah matahari akan terbit dari sebelah barat. Oleh hal yang demikian, sekiranya ada spekulasi tentang kiamat akan berlau pada tahun 2012, maka itu hanya spekulasi semata-mata dan mereka yang beriman tidak perlu berasa bimbang akan berlakunya perkara tersebut. Yang perlu dilakukan oleh mereka yang beriman adalah untuk menghadapi kiamat kecil, iaitu kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Maksud ibadah ialah melakukan amalan baik dan diniatkan kerana Allah SWT. 

Matahari terbit dari barat.
Selama ini matahari terbit dari timur. Matahari terbit dari timur kerana bumi berpusing di atas paksinya. Setiap pagi matahari terbit dari timur, dan beredar secara perlahan-lahan merentasi langit, dan kemudian terbenam di barat. Kemudian, matahari meneruskan pergerakan di sebelah bumi dan kemudian terbit semula di sebelah timur. ini adalah fenomena yang kelihatan dari bumi dan inilah pandangan masyarakat zaman silam. Apa yang sebenarnya berlaku ialah bumi beredar mengelilingi matahari. Matahari tidak bergerak relatif kepada bumi. Manusia melihat bahawa matahari mengelilingi bumi. hakikatnya, bumi yang bersedar mengelilingi matahari. bumi pula berpusing di atas paksinya sekali setiap 24jam dan oleh sebab itu kelihatan matahari kembali pada kedudukan asal setiap hari. Sekiranya seseorang meneliti sistem solar dan memerhatikan semua planet yang beredar pada arah yang sama dengan arah lawan jarum jam, iaitu dari barat ke timur. Tetapi ada dua planet yang beredar secara bertentangan, iaitu planet Venus dan Uranus. Saintis berpendapat bahawa planet venus telah dilanggar oleh tahi bintang jutaan tahun yang lalu sehingga arah yang asal telah berubah. Planet Uranus juga telah dilanggar oleh tahi bintang sehingga arah peredarannya berubah. Namun, bumi berpusing dari barat ke timur. ini bermakna bahawa sekiranya seseorang berdiri memandang matahari, ia kelihatan bergerak ke arah barat.



Apabila arah peredaran bumi berubah
Sekiranya bumi berubah arah putaran dari timur ke barat, maka matahari akan terbit dari timur. Saintis setakat ini hanya menyatakan bahawa putran bumi di atas paksinya sendiri semakin lama semakin perlahan menyebabkan tempoh malam dan siang bertmabha panjang berbanding dengan awal pembentukan bumi. Apabila tempoh siang malam menjadi lebih panjang, maka pelbagai masalah di atas muka bumi akan berlaku seperti kemarau yang panjang dan pelbagai fenomena buruk lain akan berlaku.

Sekiranya bumi berhenti berpusing
Secara teorinya, apabila bumi berputar secara bertentangan dari arah yang biasa, matahari akan terbit dari barat. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan fenomena tersebut berlaku iaitu pusingan bumi di atas paksinya sendiri menjadi semakin perlahan dan akhirnya ia berhenti berpusing sebelum berpusing ke arah yang berlawanan. Apabila keadaan ini berlaku sudah pasti menyebabkan pelbagai masalah yang teruk di atas muka bumi. Namun, apakah punca bumi boleh berpusing ke arah yang berlawanan dari arah pusingan sekarang? Antara faktornya termasuklah perlanggaran dengan objek besar seperi meteorit atau tahi bintang dan perubahan kutub utara atau selatan. Allah berfirman:

"Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan..."-surah infitar:2

Dalam surah ini dijelakan oleh Allah suasana menjelang kiamat apabila bintang-bintang bertaburan kerana lari dari orbitnya. Menurut al-Quran, langit dan bumi ini ada tarikan (graviti):

"sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika kedua-duanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia maha penyabar, lagi maha pengampun."-Surah Al fatir:41

Daya tarikan ini, menurut sains boleh musnah apabila bintang musnah dan kemusnahan bintang seperti dalam firman Allah:

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak." -surah ar-rahman :37

Hilang cahaya pula apabila bahan api yang ada dalam bintang tersebut habis seperti dalam firman Allah:

'Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)."-surah takwir:1

Allah juga berfirman:
"(ingatlah) hari kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami; sesungguhnya kami tetap melaksanakannya."- Surah Al-Anbia :104

Apabila daya trikan yang wujud antara bintang menjadi lemah atau terus hilang kerana bintang ini meletup, kehabisan bahan bakar dan sebagainya, maka kemungkinan cebisan bintang ini melanggar bumi menyebabkan bumi bertukar arah pusingannya. Apabila pusingan bumi di atas paksinya, iaitu dari timur ke barat maka matahari akan terbit dari barat. Masa inilah kemusnahan alam ini berlaku.
-Oleh Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sumber: Dewan Kosmik Keluaran Disember 2010, m/s 10,11,12 dan 13


2 comments:

  1. takutnye bila ingat kiamat... byk benda sempurna lagi rase....

    ReplyDelete
  2. KALAU TKUT PERBANYAKAN IBADAT...

    ReplyDelete